“Muka Zahirah macam bibik..” – Fathia

Cinta tak kesempaian dengan pelakon Aiman Hakim suami Zahirah Macwilson oleh sebab itulah Fathia Latif mendakwa Zahirah bukannya lawa muka macam bibik.

Pernah tahun 2015 hubungan Fatia dengan Aiman Hakim hampir retak menyebabkan Aiman belum menetapkan sebarang tarikh untuk berkahwin.

Fathia dan Aiman dikatakan sudah memutuskan hubungan cinta mereka ekoran salah faham yang timbul. Malah, sebelum ini pun hubungan mereka dilaporkan beberapa kali bergolak.

Terkini pula, Fathia Latiff yang secara tiba-tiba menyerang rupa paras Zahirah Macwilson.

Kata Fathia, Zahirah kelihatan seperti seorang bibik dan bibir mungil itu didakwanya dibuat di Australia. Kalau tengok di Instagram, ada banyak lagi ayat-ayat provokasi yang dilemparkan Fathia.

Setakat ini, Zahirah tidak memberi sebarang respon untuk membalas kenyataan Fathia.

Fatia menegaskan itu adalah pandangan peribadinya dan dia mempunyai hak untuk bersuara.

Tak cukup dengan itu, pemilik nama sebenar Nur Fathia Binti Abdul Latiff ini berkata Zahirah bukanlah lawannya.

Dia siap bagi quote dalam bahasa Inggeris ‘Once used, rotten and damaged, just pass it to beggar’ seakan-akan merendahkan hubungan rumah tangga bekas kekasihnya, Aiman Hakim.

Di hantaran Instagram Story terbaru, pelakon ini mencabar pasangan tersebut untuk mengambil tindakan saman. Tapi katanya, pasangan itu tak akan berani.

Meninjau ke Instagram Zahirah, netizen tampil mempertahankann selebriti berdarah kacukan itu. Mereka berharap Zahirah tidak melayan provokasi yang dibuat Fathia terhadapnya.

Baca juga: 4 istiadat unik perkahwinan Putera Mateen dan Anisha Rosnah