Cinta tanpa syarat! Cinta agung suami ini sanggup dermakan buah pinggang pada isteri, bikin netizen sebak

Ikatan suami isteri merupakan satu ikatan suci yang halal selepas akad nikah. Zaman sekarang ini susah untuk mencari seorang pasangan yang setia sehidup semati walau apa pun yang berlaku.

Baru-baru ini seorang suami telah membuktikan kasih sayangnya buat si isteri apabila dia sanggup mendermakan buah pinggang buat isteri tercinta. Menurutnya, selepas hari ketujuh pernikahan mereka badan isterinya tiba-tiba panas dan menggeletar.

@qoryellia jom baca🥹. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segalanya, semua adalah nikmat dari-Nya, terima kasih atas doa kalian semua. #kidneydoner #kisahrumahtangga #tilljannah #fypシ #fypシ゚viral #masukberandafyp #bekorbandemicinta❤️❤️ #kidneytransplant #alhamdulillah #duniasementaraakhiratselamanya ♬ Berkorban Demi Cinta – Hijjaz

Dia yang dalam keadaan cemas terus membawa isterinya ke unit kecemasan. Selama berbulan-bulan dia menjaga isteri di hospital dan telah mengambil cuti tanpa gaji.

Hasil pemeriksaan isterinya perlu didialisis untuk membersihkan darah kotor kerana buah pinggangnya hanya berfungsi 5% sahaja. Menurut doktor, untuk memastikan pesakit buah pinggang kembali sihat seperti biasa mereka perlu melakukan pemindahan buah pinggang samada dari penderma hidup atau yang sudah mati.

Lalu, dia bersetuju untuk memberikan buah pinggangnya. Ketika itu dia juga harus berulang alik dari Perak ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan si isteri menyebabkan dia telah hilang pekerjaan.

Kini, dia telah memulakan perniagaan sendiri untuk kelangsungan hidup iaitu dengan menjual keropok lekor. Keputusan pemindahan buah pinggang kepada si isteri berjalan lancar dan kini si isteri telah kembali pulih tanpa perlu mengharapkan mesin dialisis.

Rata-rata warganet sangat terharu dan sebak dengan pengorbanan si suami. Ramai juga yang berharap dikurniakan pasangan yang sanggup berkorban seperti suami itu.

Baca juga: Lelaki ini terpaksa menjalani pembedahan gara-gara tertelan kunci kereta