Ciuman menteri sukan kepada Presiden Perancis di Olimpik jadi tajuk hangat media antarabangsa

Terlalu banyak kontroversi di acara pembukaan Olimpik Paris 2024 kali ini. Bermula dengan penganjur salah sebut Korea Selatan sebagai Korea Utara, pengiklanan LGBT secara berleluasa sehinggalah yang terbaru ciuman berahi oleh menteri sukan Perancis di tengkuk Presiden Perancanis.

Memetik dari Mstar, Gambar Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerima ciuman penuh berahi daripada menteri sukannya menjadi semakin panas apabila diperkatakan berleluasa di media sosial.

Seperti dipetik oleh Agensi, Presiden Perancis itu dirakamkan berpelukan erat dengan Amélie Oudéa-Castéra yang berumur 46 tahun sewaktu majlis pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024.

Macron dan Oudea dilihat berpegang tangan dengan erat sewaktu majlis sedang berlangsung.

Sementara itu, Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal boleh dilihat memandang ke arah lain ketika kedua-duanya sedang bermesra.

Memetik laporan majalah Perancis, Madame Figaro, ia dipanggil sebagai ‘ciuman ingin tahu’, menunjukkan menteri ‘jelas tahu bagaimana untuk membuat orang bercakap tentang dia’.

Awal bulan ini, Oudéa-Castéra meraih perhatian apabila dia berenang di Sungai Seine di Paris, sebagai cubaan untuk meyakinkan kepada dunia bahawa sungai itu sesuai digunakan oleh atlet Olimpik.

Baca: “Keluarga kekasih aku orang kaya, bila raya aku bawak keluarga pergi rumah dia, sedih aku keluarga buat macamaku tak wujud”