Perbualan hangat di media sosial apabila pemain profesional wanita negara, Goh Jin Wei yang dikatakan ke Olimpik Paris berseorangan tanpa jurulatihnya.
Memetik akhbar lain, Jin Wei turut memaklumkan dirinya sendiri mahu membawa jurulatihnya yang berasal dari Indonesia kepada Majlis Olimpik Malaysia(MOM) namun tidak berjaya.
Ia susulan kad akreditasi yang terhad telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang tidak mencukupi.
“Saya seorang saja tak ada jurulatih. Seharusnya setiap atlet layak ke Olimpik kena ada jurulatih masing-masing, tapi saya tak tahu kenapa jurulatih saya tak dapat pergi sebab dia tidak mempunyai kad akreditasi” ujarnya ketika ditemui media.
Walaupun pulang tanpa iringan pingat, namun nama Goh Jin Wei kembali meniti di bibir peminat-peminat yang mempersoalkan Presiden MOM menggunakan kuota tersebut untuk ahli keluarganya.
Ia berikutan gambar ahli keluarganya tersebar yang dikatakan memakai ‘lanyard’ akreditasi yang membenarkan seseorang keluar masuk acara, majlis mahupun kawasan persendirian yang dimiliki hanya untuk pegawai pegawai berkenaan.
Kejadian tersebut turut tular di laman sosial X dimana ramai memetik nama Hannah Yeoh dan Adam Adli untuk memberikan penjelasan sewajarnya kepada rakyat Malaysia.
Baca juga: Tular gunung berapi ‘muntahkan’ ketulan emas, setiap satu boleh cecah RM29,000