Ini dia jumlah penonton kalahkan 4 konsert di Bukit Jalil, bagaimanapun konsert yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan konsert Coldplay adalah paling ramai.
Selepas 27 tahun penantian, Coldplay akhirnya menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi konsert Music Of The Spheres World Tour.
Percaya atau tidak Coldplay berjaya sekali gus memecahkan rekord dengan menghimpunkan sekitar 85,000 pengunjung yang hadir memenuhi ruangan stadium dan rata-rata peminat berkampung di lokasi seawal pagi.
Rekod Coldplay pada 23 November tersebut memecah rekod, sekali gus menjadi konsert paling banyak penonton sepanjang zaman stadum berkenaan.
Konsert artis tempatan dan antarabangsa yang mengumpulkan ramai peminat di lokasi ikonik, Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu;
Datuk Seri Siti Nurhaliza (70,000 penonton)
Sebelum, Coldplay merajai tangga pertama, kedudukan tersebut dimiliki Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan catatan 70,000 pengunjung di lokasi sama sekitar 19 tahun lalu.
Siti Nurhaliza Live In Concert pada 2004 merupakan konsert solo kelima penyanyi nombor satu tanah air itu seiring siri jelajah ke 15 destinasi seluruh Malaysia.
Menerusi konsert tersebut, pelantun lagu Cindai itu turut membawa bintang-bintang Akademi Fantasia musim pertama dan kedua untuk sama-sama menghiburkan peminat.
Konsert tersebut menjadi kenangan manis buat Siti dan turut mempunyai cakera padat istimewa berjudul Kenangan Jelajah memaparkan di sebalik tabir penjelajahan Siti di Semenanjung Malaysia.
AR Rahman(67,000 penonton)
Komposer yang pernah memenangi trofi Oscar, AR Rahman berjaya mengadakan konsert Secret Of Success: Live In Malaysia 2023 dengan kehadiran kira-kira 67,000 penonton.
Maestro muzik asal India itu meraikan 30 tahun perjalanan seni muziknya di negara ini dengan menyampaikan untaian lagu hitnya termasuklah runut bunyi filem Slumdog Milionaire iaitu Jai Ho dan Oh Sayo.
Lebih istimewa, konsert yang diadakan pada Januari 2023 itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Selain penyanyi latar Hariharan dan Shwera Mohan serta pemuzik Drims Sivamani berkongsi pentas, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga muncul di pentas menyanyikan lagu Tamil berjudul Munbe Vaa.
Blackpink (62,000 penonton)
DIADAKAN pada Mac tahun ini, konsert Born Pink World Tour Blackpink dibanjiri kira-kira 62,000 peminat.
Peminat K-Pop dilaporkan sanggup menunggu seawal pukul 10 pagi di pekarangan stadium bagi merasai bahang kehangatan konsert tersebut.
Rata-rata peminat teruja dapat menyaksikan lautan cahaya merah jambu yang juga rona identiti kumpulan tersebut menerangi stadium.
Malah, rata-rata turut berpuas hati dengan skrin layar lebar yang disediakan walaupun duduk jauh dari pentas utama.
Sebelum ini, Blackpink pernah mengadakan konsert di Malaysia pada tahun 2019 menerusi konsert Blackpink World Tour In Your Area di Stadium Malawati Shah Alam.
Kumpulan Korea Selatan terkenal yang dianggotai Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo itu memulakan siri jelajah dunia bermula 15 Oktober 2022 di Seoul, Korea Selatan sebelum bergerak ke negara Barat.
Jay Chou (45,000 penonton)
BIARPUN berdepan masalah sebelum memulakan konsert di Kuala Lumpur, penyanyi Jay Chou berjaya memukau kira-kira 45,000 penonton yang hadir menyaksikan Carnival Tour 2023.
Konsert penyanyi Taiwan itu yang dijadualkan pada 15 Januari tahun ini awalnya meraih kecaman penyokong pasukan bola sepak Harimau Malaya kerana 21,000 tiket perlawanan bola sepak tidak dapat dijual disebabkan persediaan pentas bagi menjayakan konsert terbabit.
Jay Chou bersedia menangguhkan konsertnya bagi memberi laluan kepada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Harimau Malaya dan Thailand pada 7 Januari lalu selepas Instagramnya diserang netizen.
Baca juga: Ikan toman gergasi sebesar bas dijumpai di Tasik Temenggor