Membesar tanpa figura seorang bapa di sisi meninggalkan satu ruang kosong dalam jiwa yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Perkongsian Fahmi Huzairi yang kehilangan bapa sedari dalam kandungan cukup meruntun hati.
Fahmi yang berusia lapan tahun ketika itu masih belum memahami sepenuhnya maksud ‘meninggal dunia’. Bagi Fahmi, arwah bapanya hanya pergi bekerja dan tidak pulang ke rumah kerana tiada cuti.
Pengalaman menjengah ke pejabat ayah kepada rakan-rakannya menimbulkan rasa ingin tahu dan keterujaan memandangkan kata mereka ‘ayah kita’ bekerja di sana. Kata Fahmi, dia sangat gembira kerana inilah kali pertama dia akan melihat dan berjumpa ayahnya.
Ikuti perkongsiannya.
“Saya dari kecil anak yatim, tak pernah jumpa ayah saya. Mama cakap ayah saya meninggal waktu saya dalam kandungan.
Tapi masa kecil saya bukan faham pun meninggal tu apa, yang saya faham ayah saya kerja tak cuti-cuti.
Saya ingat lagi pada usia saya 8 tahun, saya dan kawan-kawan berjalan di sekitar bandar Temerloh. Tiba-tiba salah seorang kawan kami ajak naik ke satu bangunan pejabat.
“Jom naik atas jumpa ayah kita” cadangan salah seorang dari kami.
Bila dia sebut “ayah kita” saya rasa dunia sangat bersinar-sinar. Saya happy tak terkata sebab first time saya akan dapat melihat dan berjumpa dengan ayah saya.
Rupa-rupanya ayah-ayah mereka semua bekerja di pejabat tersebut so bila naik, masing-masing dapat jumpa ayah mereka dan dapat 50 sen dari ayah masing-masing untuk beli air dan jajan.
Saya pula berpusing-pusing di sekeliling pejabat tu “mencari-cari ayah saya” tapi tak jumpa-jumpa.
“Adik cari siapa?”
“Cari ayah saya”
Siapa nama ayah?”
“Abdul Ghani”
“Takde orang nama Abdul Ghani kerja kat sini”
“Tapi kawan-kawan saya kata, ayah kita semua kerja kat sini dan diaorang semua dapat jumpa ayah mereka, kenapa saya tak boleh jumpa ayah saya?”
“Sebenarnya ayah adik kerja kat mana, adik tahu tak?”
“Mak cakap ayah saya kerja hamba Tuhan, dia kerja kat syurga”
Saya tak faham kenapa makcik tu berlutut depan saya, menangis dan memeluk saya sangat kuat masa tu.
Lama dia menangis dan peluk saya…
“Siapa nama adik?”
“Amy”
“Nanti bila Amy dah besar, bila dah ada anak-anak, makcik doakan Amy jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak. Jadi ayah yang tak pernah tinggalkan anak-anak, jadi ayah yang sentiasa ada untuk anak-anak sebab hari ini Amy sedang belajar bagaimana sayunya hati bila tiada ayah di sisi”
Dia terus peluk saya dan menangis….
Saya ok je tak menangis dan happy lagi sebab hampir satu opis tu peluk saya dan bagi saya duit, ada yang 50 sen, ada yang singgit. Kawan-kawan saya pun peluk saya masa tu, diaorang pun sedih juga kononnya…
Masa nak bersurai tu saya tanya lagi sekali lah soalan…
“Saya nak jumpa ayah saya, kat mana saya nak cari dia?”
Saya tengok makcik-makcik lain pun dah menangis juga, ada 2 3 orang pakcik datang peluk saya.
“Nanti Amy akan jumpa ayah Amy dekat tempat paling istimewa ye sayang tapi Amy kena janji jadi anak yang baik. Jaga mak baik-baik, baru Amy boleh jumpa dengan ayah Amy ye. Ayah Amy ada je tengok Amy sekarang, kalau Amy baik, Amy akan jumpa dia kat syurga nanti ye nak”
Saya mula serabut tengok orang-orang tua, lelaki perempuan menangis. Saya langsung tak faham kenapa mereka menangis.
Saya dan kawan-kawan happy masa tu lepas turun dari opis sebab saya dapat dekat RM10 hasil pemberian pakcik dan makcik kat opis tu. Kami pun sambung gi main, beli air botol, jajan dan makan minum sama-sama.
Cuma masa tu saya tetap tertanya-tanya kenapa aku tak jumpa ayah aku ye macam kawan-kawan lain dan makan masa yang lama juga hidup saya selalu berharap dapat bertemu ayah saya.
Merindu tanpa kata bak kata Kapilla kamu nanyak, kamu bertanyak tanyak bak kat influencer Indonesia yang viral tu.
Maybe itulah perasaan anak-anak bila tiada ayah disisi atau ayah-ayah yang tak pernah meluangkan masa, ambil berat pasal anak-anak mereka kot?
Anak-anak yang “merindu tanpa kata, anak yang tertanya-tanya di mana ayah mereka waktu mereka memerlukan sokongan, dorongan dan harapan seorang figura bernama Ayah” macam Amy yang usia 8 tahun tu…maybe….
Jagalah perasaan anak-anak….
Baca juga: Dari ratu cantik terkenal sehinggalah hidup miskin jadi pekebun, ramai terkejut tahu kisah model ini