KB MALL, sebuah pasaraya utama di Kota Bharu Kelantan dalam satu kenyataan mengumumkan penutupan premisnya pada 9 Mei – 11 Mei 2021 berikutan akan buat kerja sanitasi. Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan :
Berikutan dengan perintah Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei 2021, #KBMall akan ditutup sementara dari 9 Mei – 11 Mei 2021 (3 hari) , untuk membuat kerja-kerja sanitasi.
.
Pihak kami akan membuat pengumuman selanjutnya.
Harap Maklum
Namun tidak lama selepas memuatnaik dalam facebook rasmi KB Mall, warganet terus mengecam pusat membeli belas Kelantan itu kerana tidak menutup pun premis tersebut sebaliknya terus membiarkan beroperasi seperti biasa.
Muhammad Z Emran menulis, “Kb mall ado 2 cawangan doh loni. Hok nie kb mall alik hulu”
Aenscha Eiycha pula menulis “Tutup namo rimanyo , ni ado molek molek ore mari kbmall . Benok po sodek kbmall pun 🙄
Dalam pada itu, seorang lagi yang bernama Malini Leniey II menulis, “Tulis tutup 9 mei tapi loni pukul 6.03 pom xdok sampai notis gpo2 pomm . Xpelik la dih hari jumaat pom dio 1 jh buleh buko . Ore lain buko abis keno saman . Tp kbmall buko xkeno saman pom . Guano makan tepi ko ?”
Nabiela Biela pula menulis “Pihak berkuasa dh kenyang sbb tu mall msh beroperasi @ msh tdo sbb penat puasa”
Warganet juga turut meminta penjelasan dari hal ini.