Nama pelajar sebuah bilik darjah membuatkan seorang cikgu mahu menyebutnya sahingga berbelit lidah mana taknya dikatakan amat sukar untuk disebut dan dieja.
Satu hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang guru berkongikan senarai nama para pelajarnya, lapor program berita Liputan6 hari ini.
Gambar dan video yang dikongsi di platform X atau Twitter nama-nama yang ditunjukkan pada senarai itu sebahagian besarnya agak panjang dan unik bagi nama Indonesia.
“Luar biasa namanya. Takut tersalah eja ketika menulis,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Dalam video yang dikongsikan itu juga, guru tersebut bertanyakan cara menyebut salah satu nama yang dianggapnya paling sukar.
“Murid-murid, bagaimana mahu menyebut nama bernombor 19 ini?” soal guru itu.
“Revaveroesy Veisaqireina Mulawarman,” jawab pemilik nama tersebut dengan lancar.
Guru tersebut kemudian mengeja kembali nama itu dengan perlahan dan tersekat-sekat sambil berkata: “Namanya susah sangat.”
Ia kemudian disambut dengan gelak ketawa murid-murid dalam kelas tersebut. Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen pengguna media sosial.
“Jangan disalahkan Generasi Z kerana yang memberikan nama mereka sudah pasti ibu bapa generasi Milenial,” kata seorang netizen.
“Ini belum tentu ibu dan bapanya tahu nama lengkap anaknya sendiri,” kata pengguna lain.