Jika sedang berdiet, pasti amat susah mencari makanan yang cukup ciri-cirinya untuk dikategorikan sebagai makanan ‘clean’.
Namun, wanita ini teruja dengan percubaannya untuk menyajikan sosej sihat untuk dipaparkan di laman sosial Facebook.
Menggunakan nama Nur Safura, individu ini turut memberikan tips-tips untuk kekal sihat dengan pemakanan.
Resepi sosej ayam homemade
1. 200gm isi ayam
2. 1 biji telur
3. carrot
4. daun sup
5. bawang holland sebelah
6. 2 ulas bawang putih
7. 1 sk lada hitam
8. garam dan gula
9. 2 sb tepung ubi
10. 1/4 cawan air
Cara-caranya:
Kisarkan kesemua bahan di atas.
Kemudian masukkan kedalam plastik aiskrim atau aluminium foil dan kukuskan ia.
Selepas 15 minit, keluarkan sosej dan mula menggoreng hingga garing.
Siap! Boleh dihidangkan kepada tetamu dan juga anak-anak.
Semoga bermanfaat!