Cubaan rogol : Kemaluan lelaki dipotong, diberi makan babi hutan

Cubaan rogol : Kemaluan lelaki dipotong, diberi makan babi hutan

Seorang lelaki berdepan detik negeri apabila kemaluannya dipotong oleh dua lelaki kemudian sebelum diberi makan kepada beberapa ekor babi hutan di Brazil baru-baru ini.

Sebelum kejadian tersebut, lelaki berusia 36 tahun itu dikatakan cuba merogol anak buahnya berusia 20 tahun, lapor portal berita news.com.au.

Namun wanita berkenaan itu berjaya melepaskan diri dan memberitahu ahli keluarga yang lain tentang kejadian yang menimpa dirinya.

Lelaki itu kemudian diajak ke sebuah ladang tebu di wilayah Olhos D’Agua dengan tujuan untuk membantu memandulkan beberapa ekor babi hutan pada 19 April lepas.

Ketika dia tiba di lokasi kejadian, dia diserang teman lelaki wanita berkenaan bersama seorang lagi lelaki lain sehingga tidak sedarkan diri.
Kemaluannya turut dipotong dan dipercayai dberi kepada beberapa ekor babi hutan yang berkeliaran di kawasan berkenaan.

Mangsa kemudian tersedar dan membawa dirinya ke Hospital Dr Gil Alves di Bocaiuva selepas mengalami pendarahan yang teruk.

Para doktor berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan namun kemaluannya tidak dapat disambungkan semula.

Menurut pakar bedah Felipe Lobo, insiden ini seperti sebuah novel fiksyen.

“Kemaluannya habis dipotong. Kami hanya mampu hentikan pendarahan dan menggantikan darah yang telah hilang selain membersihkan kawasan luka,” katanya memetik laporan news.com.au.

Kedua-dua suspek telah ditahan polis dan berhadapan tuduhan cubaan membunuh.

Oleh kerana dakwaan rogol itu tidak dilaporkan kepada polis, mangsa mungkin tidak akan didakwa.
Mangsa ketika ini masih terima rawatan di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

sumber: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kemaluan-dipotong-dicampak-selepas-dituduh-cuba-merogol-anak-buah-296188

COMMENTS