Cucu jutawan Vincent Tan fasih berbahasa Malayu, buat ramai netizen teruja

Cucu jutawan Vincent Tan, Arianna anak kepada pasangan yang merupakan pewaris empayar perniagaan terbesar fasih berbahasa Malayu, buat ramai netizen teruja.

Kefasihan Arianna, anak SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan yang juga anak sulung kepada pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun tidak boleh lagi dinafikan.

Ini berikutan dengan video yang dimuat naik menunjukkan perbualan suami bersama anaknya itu yang bertanya sama ada Arianna mahu pulang atau tidak.

“Tak (tidak mahu balik), Arianna mahu air coffee. Dengan mummy daddy. Betul,” jawab kanak-kanak tersebut.

Perbualan ringkas dua beranak itu menerima pujian orang ramai yang menyifatkan pasangan tersebut bijak dalam mendidik anak.

“Saya suka cara ibu bapa mengasuh ‘cutie pie’ ini. Terima kasih kepada ibu bapa kerana melakukan perkara yang hebat,” komen Aliaz.abrhm.

“Baguslah dia pandai cakap Melayu. Tahniah kepada kedua ibu bapa tak lupa ajar bahasa Melayu,” kata Dewangga Delima.

“Bagus betul ajar anak cakap Melayu. Selalu orang-orang kaya ni mana nak cakap Melayu, English saja. Comel sungguh la Arianna ni,” ujar Nana Zakaria pula.

Dalam masa sama, ada juga pengguna yang meminta supaya Chryseis memperbanyakkan lagi kandungan media sosial sedemikian.

“Tolong banyakkan lagi kandungan (content) kehidupan harian macam ni. Saya sangat sukakannya,” mohon seorang lagi pengguna.

Baca juga: SPR serbu ceramah Pas buat atas masjid