Othman Mirzan, cucu kesayangan Mahathir, tidak hanya memelihara anjing, tetapi juga tidur bersama anjing-anjing tersebut, yang diharamkan dalam agama Islam kerana anjing dianggap sebagai najis mughallazah kecuali dalam keadaan tertentu. Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Anak Mirzan dengan angkuhnya memuat naik gambar-gambar dirinya tidur bersama anjing-anjing kesayangannya di laman Instagram dengan kapsyen “All my bitches love me” yang dikongsikan secara umum.
Adakah ini gaya hidup yang sesuai untuk orang Melayu yang menganut agama Islam?
Memelihara anjing dan tidur bersama dengan najis mughallazah tersebut adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Oleh itu, janganlah menggunakan agama Islam untuk menghalalkan gaya hidup bersama anjing-anjing anda.
Bapanya pernah dikaitkan dengan pembelian kilang arak San Miguel Corp di Filipina. Manakala makciknya, Marina Mahathir, sering dikaitkan dengan isu kebebasan seksual Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Datuknya, Mahathir, dikatakan cuba berlagak seolah-olah malaikat apabila mendakwa orang yang menunaikan haji melalui 1MDB adalah haram.
Othman Mirzan sering memaparkan gaya hidup mewahnya di laman sosial, dan tindakan terbarunya telah memalukan rakyat Malaysia. Kelakuannya seolah-olah tidak mencerminkan seorang Melayu yang beragama Islam.
baca: Penjual putu mayam dedah perlu bayar tunggakan PIBG RM400, netizen minta sekolah jangan ‘kejam’