Guna 2 bahan ini je dah boleh buat brownies tak perlu bakar dan tak guna tepung. Rupanya ada cara mudah untuk buat Brownies Fudge tanpa perlu bakar. Hanya menggunakan dapur pun boleh dapatkan brownies yang samatekstur dia macam bakar guna oven.
Dengan menggunakan cuma dua bahan, ternyata mampu membuatkan Brownies fudge anda terrasa lembut dan gebu. Paling best, anda tak perlu susah-susah gunakan tepung, minyak atau telur! Haa menarik kan? Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti resepi lengkap di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan cuma dark chocolate (semisweet chocolate) dan puri pisang (banana puree).
Dark chocolate: Anda boleh menggunakan cip coklat atau pun bar coklat. Apa sahaja yang anda pilih, pastikan anda menggunakan coklat tanpa tenusu. Sesetengah coklat mempunyai susu atau lemak susu. Jika coklat mempunyai kandungan susu, brownies anda tidak akan naik dengan cantik.
5) Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Masukkan ke dalam peti ais selama 30-60 minit atau sehingga set. Keluarkan dan potong segi empat sama dengan pisau tajam. Simpan brownies yang belum dimakan di dalam peti sejuk.
Resipi ini hanya akan menjadi dengan coklat tanpa tenusu. Lihat senarai ramuan dan pastikan susu atau lemak susu tidak disenaraikan dalam ‘ingredients’ coklat yang anda beli.
Coklat yang mengandungi susu akan menyebabkan brownies fudge anda tidak menjadi. Sebagai contoh, cip coklat Nestle mengandungi susu dan tidak akan menjadi. Resipi ini juga tidak akan jadi dengan coklat putih.
Sumber: Kirbie’s craving
Baca Juga: Lah betul ke? Isu pelajar dihina dah settle lama, rupanya pensyarah sendiri bantu dapatkan laptop?