Sekumpulan pelancong Rusia ini ditahan selepas mencuri 35 kilogram makanan dari meja buffet hotel di Antalya, Turkiye dan menyembunyikan di bilik mereka lapor laman berita VnExpress.
Kejadian itu terbongkar setelah para pelancong itu ingin meninggalkan hotel dan merancang membawa sekali makanan yang dicuri.
Makanan yang didakwa dicuri ialah antaranya buah-buahan kering, beberapa kilogram buah epal, makanan ringan, gula-gula, minuman berkarbonat, uncang teh dan produk lain di dalam beg pakaian mereka termasuk mentega dari restoran dengan membungkusnya.
Pekerja hotel yang melihat kepada situasi itu dikatakan terus menghalang sekumpulan pelancong itu dari meninggalkan hotel tersebut.
Kini pihak polis dan hotel sedang bekerjasama dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Baca juga: Bawak lori sampah tapi gaji RM546,600, wanita ini kongsi rahsia yang ramai taktahu..