Polis Bandung menangkap seorang lelaki yang meragut beg tangan seorang kanak-kanak perempuan yang berjalan berseorangan pada Rabu lalu.
Namun, wang yang berjaya diragut berjumlah 7,500 rupiah(RM2.27) dan kanak-kanak tersebut mengalami luka di leher akibat kejadian tersebut.
Ketua polis tempatan, Oliestha Ageng Wicaksana berkata, ketika video tentang kejadian itu beredar di media sosial, pihak polis bertindak melakukan siasatan tanpa menerima laporan tentang kes ragut tersebut.
“Baru kemudian keluarga korban membuat laporan di Balai Polis Bandung. Pada hari itu juga anggota kami melakukan siasatan dan Alhamdulillah minggu lalu, kami berhasil menangkap suspek,” katanya.
Lelaki tersebut bakal dipenjara selama 9 tahun kerana melakukan jenayah mencuri dengan kekerasan.