Cuti raya tahun ini paling panjang, rakyat Malaysia sudah boleh susun cuti

Cuti raya tahun ini paling panjang, rakyat Malaysia sudah boleh susun cuti. Ia berikutan cuti umum Aidilfitri yang jatuh sejajar dengan cuti hujung minggu dan cuti umum Hari Pekerja.

Umat Islam di Malaysia berpeluang menikmati cuti sehingga sembilan hari bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bagi golongan pekerja yang bekerja dari Isnin hingga Jumaat, mereka sudah boleh mula bercuti pada Sabtu iaitu 30 April.

Sementara 1 Mei iaitu pada Ahad pula adalah cuti umum Hari Pekerja, menyebabkan hari Isnin iaitu pada 2 Mei menjadi cuti ganti bagi hari cuti umum tersebut.

Menurut Sinar harian, cuti umum Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 3 dan 4 Mei iaitu hari Selasa dan Rabu, sekali gus menjadikan jumlah cuti ketika itu sudah menjangkau lima hari.

Sekiranya pekerja terbabit mengambil cuti pada Khamis dan Jumaat, maka mereka boleh menyambut cuti hari raya sehingga sembilan hari termasuk pada Sabtu serta Ahad.

Jadi tidak hairanlah sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka paling meriah, tambahan selepas dua tahun tidak pulang beraya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Jadi semua rakyat Malaysia boleh mula susun cuti jadi nanti boleh beraya lama sikit di kampung, namun pastikan buat dulu test Covid agar pulang dengan kegembiraan tidak berakhir dengan tangisan.

Baca Juga: Ini adalah 5 risiko yang anda akan hadapi jika tidur selepas sahur

Baca Juga: 55 kenderaan Singapura diarah patah balik gara-gara tak patuhi syarat 3/4 tangki penuh