Cuti sekolah sudah bermula ada sesetengah ibu bapa bawa mereka jalan-jalan dan ada dihantar ke rumah nenek dan atuk mereka.
Tapi yang ini lain sikit apabila cucu dihantar ke rumah atuk dan nenek mereka buat kerja secara senyap-senyap mereka menggunting duit pencen datuk mereka.
Menerusi hantaran yang dibuat pengguna Manja Juwita, dia memberitahu, wang kertas tersebut digunting untuk main ‘masak-masak’.
Paling mengejutkan, menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, kelihatan bekas berwarna biru itu dipenuhi dengan not RM10 dan RM50 yang telah digunting.
“Musim cuti sekolah ni cucu duduk rumah kena berjaga-jaga, jangan biarkan dia berseorangan. Habis duit pencen atuk dia gunting katanya nak buat main masak-masak,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Lantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang geli hati dan ada juga yang menitipkan pesanan.
“Kaya atuk ni duit pencen letak merata-rata. Tidak hairan lah duit banyak cucu gunting buat mainan,” komen Rose.
“Anak-anak sekarang kreatif. Mereka meneroka segala apa yg ada di sekeliling. Perkembangan psikomotor turut berperanan dlm proses utk mengadaptasi benda-benda yang mereka sentuh,” komen Man.
“Kalau simpan duit betul-betul tak akan jadi macam ini. Boleh cuba bawa ke bank negara, mungkin mereka boleh bantu,” komen seorang pengguna yang lain.
Musim cuti sekolah sudah bermula sejak 25 Ogos lalu dan bakal berakhir pada 2 September depan.
Rentetan itu ramai ibu bapa mengambil peluang untuk membawa anak-anak pergi bercuti serta turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk mengisi waktu cuti anak-anak.