Isu penjualan katak yang baru-baru ini telah viral melibatkan sebuah pasaraya NSK Selayang bagaimanapun setelah aduan dibuat kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), ini jawapannya.
Menurut NSK Selayang pemeriksaan telah dijalankan, hasil pemeriksaan tiada daging katak dipamerkan dirak untuk jualan lagipun pihaknya telah berjumpa dengan penyelia bertugas iaitu PN Norida.
Beliau telah memberitahu stok daging katak adalah untuk outlet NSK Kuchai, salah faham terjadi diperingkat pengurusan dan pekerja yang menerima barangan tersebut, terus meletakkan daging katak dirak untuk dijual.
“Oleh itu amaran keras telah diberikan supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi,”kata NSK.
Insiden yang terjadi itu mula tular dan heboh diperkatakan di laman media sosial Facebook oleh Azmi Ahmad Anuar.
Pasaraya itu dituduh oleh netizen seolah tidak sensitif apabila mencampur barangan halal dan tidak halal di dalam satu bahagian selepas kakitangan pasaraya seolah tidak menyedari tentang perkara tersebut.
Melalui laporan WeirdKaya, NSK mengesahkan kejadian tersebut tetapi berkata bahawa ia berpunca daripada kesilapan pihak pembekal.
Mereka memberi jaminan bahawa NSK Selayang tidak pernah menjual daging katak dan produk tersebut sudah pun ditarik keluar.
Susulan aduan yang dibuat oleh netizen, KPDNK juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.
Baca juga: “Jangan buat spekulasi lagi, tindakan Menteri Dalam Negeri bukannya salah” – Dr Zulkifli Al Bakri