Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sedang menunggu kehadiran zuriat setelah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga.
Kesabaran dan kepayahan mereka dalam menunggu rezeki allah sangatlah kuat hingga ada kalangan mereka digelar ‘pejuang garis dua’ merujuk kepada dua garis yang ada di ujian kehamilan.
Wanita ini juga salah seorang ‘pejuang garis dua’ namun atas rezeki allah akhirnya dia dapat juga menimang cahaya mata walaupun pada awalnya peranakannya disihir oleh seseorang.
Saya Madam F, bukan nama sebenar. Tajuk cerita saya adalah ibu mertua dari ner4ka. Tujuan saya menceritakan kisah ini adalah sebagai sekadar perkongsian dan pengajaran. Berhati-hati dengan sesiapa walaupun orang yang rapat dengan kita.
Nama dalam cerita ni bukan nama sebenar. Cerita ini berdasarkan kisah benar yang telah diolah. Pada awal 2012, masa tu aku baru kahwin. Hampir tahun masih belum menunjukkan tanda-tanda hamil. Setelah saya merujuk kepada pakar O&G, saya normal.
Kemudian, dengar2 bunyi sumbang dari pihak keluarga mertua sebab aku belum hamil. Aku nak berikhtiar cara perubatan Islam plak. Di taman perumahan ini, biasa la.. Ada group isteri membawang tapi group isteri lorong kami supportive.
Petang tu, aku dan beberapa orang jiran adakan majlis makan petang. Lepas makan, tengah basuh pinggan. Aku tengah sembang dengan jiran depan rumah, kak Ma mengenai perubatan Islam. Tiba- tiba kami disampuk dengan Kak Ti. Jiran selang 2 buah rumah dari rumah aku.
Kak Ti mencadangkan aku pergi berubat di Tg Piandang. Katanya, adiknya telah pergi ke pusat perubatan Islam di sana. Alhamdulillah, dia telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Cerita bermula, kak Ti mempunyai adik bernama Erin bukan nama sebenar.
Mereka anak yatim piatu. Dia berkahwin dengan Din selama 10 tahun. Tapi belum dikurniakan cahaya mata. Erin mula susah hati kerana umurnya menghampiri 34 tahun. Ditambah pula, ibu mertuanya, Asmah menyuruh anaknya Din berkahwin lain.
Dalam diam, Erin pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan. Hasilnya, Erin normal. Rupa- rupanya Asmah tidak menyukai Erin. Kerana Erin adalah orang Melayu asli. Asmah mahu anak tunggal, Din berkahwin dengan pilihannya, iaitu wanita seketurunan dengan mereka. Hidung mancung.
Kak Ti telah mengalami gangguan di tempat kerja dan mengajak Erin menemaninya ke pusat perubatan Islam itu kerana suaminya outstation. Di sana, Ustazah Hasanah bukan nama sebenar mula merukyah kak Ti. Tetapi Erin merasakan sesuatu yang pelik pada dirinya.
Sambil ustazah Hasanah merukyah kak Ti, dia memandang Erin. Dia tahu Erin berasa tidak selesa. Selesai merukyah Kak Ti, Erin beritahu Ustazah Hasanah bahawa dia terasa s4kit di bahagian perut semasa merukyah kak Ti. Kemudian, Ustazah Hasanah merukyah Erin pula.
Semasa hendak pulang, Ustazah Hasanah memberikan Erin dua botol air bacaaan surah Yasin dan menyuruh dia solat hajat dan membaca membaca surah Yasin selama 3 hari. Erin mengikut kata-kata Ustazah Hasanah.
Selepas beberapa hari, dia terasa ada kelainan pada dirinya. Dia tahu Ustazah Hasanah tahu sesuatu tetapi dia tidak memberitahunya. Kebetulan, Erin pergi mengurut di rumah bidan kampung, Mak Jah berdekatan dengan rumahnya.
Selesai mengurut, Mak Jah berkata kepada Erin bahawa ada orang telah mengik4t rahimnya supaya dia tidak mempunyai zuriat. Erin terk3jut. Mak Jah berpesan kepada Erin jika dia mengandung jangan cerita kepada sesiapa pun sehingga usia kandungan 4 bulan.
Beberapa bulan selepas itu, Erin hamil. Dia terk3jut kerana dia hamil dan tidak menceritakan kepada sesiapa pun termasuk suaminya, Din sehingga usia kandungannya 5 bulan. Fizikal Erin yang agak berisi menyukarkan sesiapa pun tahu yang dia hamil.
Setelah usia kandungan Erin memasuki 5 bulan barulah dia memberitahu suaminya, Din. Dengan gembiranya, Din memberitahu ibunya, Asmah bahawa Erin telah hamil. Asmah hanya terdiam. Wajahnya mencuka. Din dan Erin hairan dengan reaksi Asmah.
Setahu mereka, Asmahlah yang beria – ia mahukan kehadiran cucu tapi dia kelihatan tidak gembira. “Mak, kenapa Mak diam bila Din cakap Erin mengandung dah lima bulan?” Tanya Din.
“Gembira la kalau dapat cucu dari menantu pilihan. Erin bukan pilihan aku. Aku tak gembira pun.”
“Din, mak mak nak menantu dari kalangan keturunan kita. Faham tak?”
Din terdiam. Erin yang terdengar perbualan mereka terk3jut. Selama ni mak mertua melayan dia dengan baik tapi tak sangka ibu mertuanya berpura-pura baik dengannya saja. Sedih Erin. Dia mahu menumpang kasih dengan ibu mertuanya kerana dia anak yatim piatu.
Tak sangka ibu mertua masih tidak mahu menerima kehadirannya dalam keluarga itu. Dia tahu ibu mertuanya berpura-pura menerimanya kerana Din. Asmah takut kehilangan Din kerana Erin dan Din bercinta dari zaman sekolah menengah. Din adalah anak tunggal Asmah dan arwah Zain.
Keluarga Din mengamalkan perkahwinan antara sepupu. Erin tahu pilihan mak mertuanya adalah anak sepupu ibu mertuanya iaitu Aina. Dulu Aina rajin berkunjung ke rumah ibu mertuanya tapi sejak berkahwin, Aina tidak berkunjung ke rumah ibu mertuanya.
Ketika Erin berada di ruang tamu rumah ibu mertuanya, Din keluar ke kedai kopi Pak Husin. Tiba-tiba, ibu mertuanya keluar dari bilik.
“Erin, dah berapa bulan mengandung?”
“5 bulan, mak.”
“Dah besar. Tak alah ka?”
“Tak pun. Pelik jugak. Rasa m4kin gemuk. Risau pulak tak datang bulan. Check. Tengok mengandung. Alhamdulillah, mak”
Asmah marah betul. Tak guna dah 5 bulan. Tak menjadi pun tok Mid buat. Kata Kak Ti, apabila mak mertua Erin s4kit barulah dia mengaku yang dia ik4t peranakan Erin melalui sih1r. Masa Tok Hasan masih ada, dia ik4t rahim Erin.
Bila Tok Hasan meninggal, dia suruh Tok Mid mengik4t peranakan Erin kerana mahu Din berkahwin dengan Aina, anak sepupunya. Setelah mendengar cerita Kak Ti, aku faham… Dalam dunia moden ni, masih ada yang mengamalkan sih1r pemisah dalam rumah tangga. Amalan yang sy1rik.
Antara tujuan perkahwinan adalah mendapatkan zuriat, jika perkahwinan yang sudah agak lama tetapi tidak melahirkan zuriat sebagai ik4tan suami isteri, maka akan timbul lah pelbagai masalah yang memporak – perandakan sehingga berlakunya penceraian dan tercapailah dan terlunaslah d3ndam orang yang menggunakan sih1r ini kepada orang yang dituju.
Aku? Alhamdulillah, setelah menjalani perubatan Islam.. Aku dikurniakan 2 orang cahaya mata. – Madam F (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Sangka cuma ikan biasa, nelayan ‘auto’ jutawan lepas tangkap ikan Sowa