Nafkah batin ini ada kalanya akan membuatkan orang ketawa kerana ia perkara yang agak remeh namun sangat penting dalam perhubungan suami isteri.
Seks dapat mengurangkan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis bahkan ia membuatkan pasangan lebih menyayangi dan mencintai dengan layanan yang mereka sukai.
Wanita ini menceritakan kisah benar dirinya yang jarang disentuh suami walaupun telah berkahwin selama 12 tahun.
Salam semua, saya Timah, ini luahan saya. Saya dah berkahwin 12 tahun dan tiada anak. Awal – awal kahwin pernah mengandung 2 kali, tapi itula, tak melekat, tak ada rezeki. Sebab being tak ada anak saya agak sebab suami bukan sejenis sukakan hubungan intim.
Jadi sepanjang 12 tahun kahwin boleh kira rasanya berapa kali hubungan intim dilakukan. Oh ya, last saya disentuh tahun 2015, sampai sekarang kami tak buat, bukan saya tak mau, saya akhir 30-an, muda lagi ada nafsu, tapi suami yang pilih tak mau.
Awal – awal dulu saya utara kan issue tu, tapi dia terasa agaknya, terus dia pilih untuk boikot saya, sampailah sekarang. Mesti pembaca pelik kenapa saya tak tuntut fasakh? Sebab saya anggap itu kifarah dosa saya yang lepas, saya pendosa, kalau dengan apa jadi pada saya sekarang ini bolehkan Tuhan untuk ampuni saya, saya redha.
Sebelum jumpa suami, saya ada hubungan dengan suami orang, dekat 2 tahun, hubungan yang macam suami isteri, masa tu memang tak ingat Tuhan, tak ingat mak ayah tak ingat segala, terlalu consume dengan cinta saya pada si dia.
Saya m4ti – m4ti ingat dia cinta sayang saya, punca putvs sebab saya suka nagging dia dalam whatsapp dan dia tak suka. Bekas kekasih saya dah pesan banyak kali jangan buat tapi being in a such relationship saya sangat insecure dan selalu overthinking, sudahnya bekas kekasih tinggalkan saya buta – buta macam tu.
Saya? Jangan cakapla, dah macam orang tak betul, nasib iman masih ada dalam diri, sedar diri penuh dosa yang hina, tak taubat tiba-tiba pilih nak m4ti. Setahun kemudian saya jumpa suami, dia terus ajak kahwin, bawa jumpa family, beli cincin, saya tak fikir panjang, terus accept, saya fikir, oh finally i boleh lupakan bekas kekasih saya. Ada orang sudi terima saya seadanya.
Saya cerita pasal bekas kekasih saya pada suami dan dia maklum. Reaksi suami pada cerita saya dan bekas kekasih? Suami cuma cakap, hek eleh. Itu pun nak sedih beria! Bekas kekasih dan wife dia? Bercerai juga, sebab saya dimaklumkan dari dulu lagi perkahwinan mereka ada masalah.
Tak apalah saya dah move on, dah kahwin pun. Tapi itulah, dah kahwin, ujian saya begini pula, sepanjang 12 tahun kahwin walaupun saya tak dinafkahi sebetulnya dengan suami saya tak pernah membirah dengan lelaki lain.
Hidup saya kerja, balik rumah, kemas rumah, masak, tengok tv, weekend balik rumah parents saya. Suami buat hal dia saya buat hal saya. Saya cuba goda – goda suami, pakai lingerie s3ksi hmm suami tak hairan langsung.
Time nak bersiap kerja saya saja berhias beria, makeup bagai, konon nak kasi suami jealous. Sama juga reaksinya. Kami tetap tidur asing dan buat hal sendiri dalam rumah. Akhirnya saya penat saya terima saja marriage life saya macam ini.
Macam yang saya cakapkan awal awal tadi, saya redha itu kifarah dosa saya. Namun last 2 months, saya mula tertanya tanya sampai bila nak macam ni, saya dan suami cuma housemates, only existing, kat luar nampak macam lovely couple, hakik4tnya kami berdua saja yang tahu.
Saya berfikir dan akhirnya tak tahan saya luahkan pada bestfriend saya. Menangis bestfriend dengar kisah saya, dia maklum juga berkenaan bekas kekasih saya tu. Kawan baik saya maklumkan patutla muka saya macam memendam benda yang berat sangat.
Dia maklumkan sesuatu juga yang buat saya tersentak. Timah, kau sedar tak, laki kau tu dah menidakkan hak kau untuk dapat zuriat, kenapa kau sanggup tunggu sampai berbelas tahun, kau muda lagi kenapa stayed in the marriage?
Saya? Saya cuma tunduk nangis dan bagi alasan sama, kifarah dosa aku beb. Dosa aku besar, entah Tuhan ampunkan ke tidak. Kawan baik saya hanya mampu geleng kepala, kau dah taubat nasuha, dah insaf, move forward, kau berhak bahagia. Kau fikir pasal dosa, kifarah, bekas kekasih and laki kau ada fikir pasal semua tu ke? Kenapa nak siksa diri pasal lelaki tak guna semua tu? Kau muda lagi, tak kan sampai m4ti nak hidup sedih menangis? Saya hanya mampu menangis sahaja. Kawan baik suruh minta fasakh.
Saya tahu saya ada hak tapi deep down inside saya masih fikirkan suami. Bila dah kahwin suami tu kan dah jadi macam family. Walaupun cinta sayang dah tak ada, tapi saya masih fikirkan kebajikan dia. Kalau minta cerai apa jadi pada suami?
Mak ayah dah tak ada, adik beradik dah ada keluarga masing-masing. Nanti cuti atau raya dia sorang – sorang, kasihan pula saya fikir. Kawan baik saya suruh saya fikirkan diri saya pula. Dia cakap, sudah – sudahla Timah.
Oh ya last week saya terserempak dengan bekas kekasih saya, lepas 14 tahun tak pernah jumpa. Dia terk3jut nampak saya, saya terkujat tengok dia. Bekas kekasih cuma tenung saja tak berkelip, saya mula – mula balas pandangannya tapi sebab sedar diri masih bini orang, saya melangkah jauh dari kawasan tu.
Saya masih dalam dilemma, patutkah minta cerai. Atau terima sahaja keadaan diri saya atas asbab kifarah dosa saya? Tengok muka suami, kasihan pula, tapi itula dia ada ke kasihan pada saya? – Timah (Bukan nama sebenar)