Dah ada anak bini tapi ajak tidur hotel, patutlah jurulatih ini trauma

Seorang jurulatih kecergasan mendedahkan dirinya trauma menjadi mangsa gangguan seksual di gimnasium daripada lelaki termasuk yang sudah ada anak bini.

Menerusi TikTok, Coach Yoi yang berbadan ‘sado’ dan bercakap sedikit lembut itu berkata, keadaan tersebut menyebabkan dia meninggalkan kerjaya yang diceburinya sejak 2018.

Gara-gara tidak tahan dengan ajakan seks daripada golongan gay dan biseksual itu, dia berhenti kerja sebagai jurulatih di gimnasium.

“Ramai lelaki chat minat saya.

“Paling rare saya pernah jumpa dah ada anak bini tapi ajak saya tidur hotel sekali,” tulisnya dalam satu reaksi kepada komentar pengikutnya di TikTok.

Beliau bagaimanapun, beliau menghormati golongan tersebut dan sebagai orang Islam, jelasnya, tidak memarahi mereka terbabit.

“Yang jadi isu apabila mereka hantar gambar bukan-bukan dan ajak buat benda-benda tak sepatutnya,” kata Coach Yoi yang memiliki 102,000 pengikut di TikTok.

Menjawab beberapa komentar yang mengaitkan cara bercakap yang lembut menjadi faktor diganggu lelaki bernafsu songsang, Coach Yoi berkata, dia sejak kecil dididik oleh keluarganya untuk bercakap lemah lembut.

Dalam masa sama, Coach Yoi memberitahu pada masa ini dia melakukan latihan kecergasan di rumah sahaja.

@coach_yoi

sorry saya tak jadi trainer dah. trauma. takuy nak masuk gym. lelaki tak selamat dah. hati2 lah

♬ original sound – Coach Yoi – Pakar Bina Otot – Coach Yoi – Pakar Bina Otot

BACA JUGA Pelajar tak duduki SPM nak buat apa? Suruh mereka masuk GiatMARA kuasai kemahiran