Boleh pula sesentengah pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjoli sakan membelanjakan duit daripada Akaun Fleksibel termasuk menukar sport rim kereta.
Duit yang lebih itu bukannya beli barangan keperluan dan berjimat sebaliknya dibazirkan untuk membeli barangan bukan keperluan.
Dilaporkan golongan berusia dalam lingkungan 20-an menggunakan duit daripada Akaun Fleksibel untuk membeli kasut, bercuti ke luar negara, tiket konsert, telefon bimbit dan lain-lain.
Kaum ibu muda pula selain beli barangan perhiasan diri, menggunakan duit itu untuk membeli produk berkaitan makanan.
Hal ini diakui peniaga online apabila mendakwa menerima lonjakan tempahan dan permintaan.
Antaranya, Ummi Nadiah Rusli yang dilapor Kosmo! berkata, tempahan biskut untuk Aidiladha yang disambut pada Jun depan dan pencuci mulut yang dihasilkannya melonjak sehingga 40 peratus sejak 14 Mei lalu.
“Sebelum ini tidak begini dan saya agak ia melonjak kerana orang ramai sudah dapat duit Akaun Fleksibel. Tahun lalu tidak begini.
“Tempahan tidak putus-putus sejak minggu lalu,” kata Ummi Nadiah.
Apa kata bagi yang masih ada lagi wang dari akaun 3 KWSP itu merenung sejenak dengan membaca pendapat Wan Nazri ini yang mengingatkan tentang tabung simpanan kecemasan tambahan:
Memang bijaklah kalau ada yang berniat untuk mengunakan akaun 3 KWSP sebagai tabung simpanan kecemasan tambahan.
Sebagai tempat tabungan tambahan, maknanya ada tabung lain untuk simpanan kecemasan. Digunakan dalam keadaan yang amat mendesak seperti hilang kerja.
Adalah kurang bijak, kalau nak guna wang tersebut untuk tujuan yang tidak sepatutnya seperti deposit beli kereta atau motor. Lagi melampau, kalau guna untuk beli sport rim kereta.
Mengurus kewangan memerlukan displin. Pendek umur betullah tidak dapat merasa duit KWSP tapi kalau panjang umur, takda duit, lagi sengsara tambah lagi di timpa pelbagai sakit di kala duit simpanan pun tiada.
Mungkin ada yang berhujah, apa susah. Hospital kerajaan kan ada. Anda yakin subsidi kesihatan akan kekal sampai bila-bila?
Anda tahu ke, bukan semua jenis rawatan di tanggung sepenuhnya, ada rawatan kena bayar sendiri kosnya.
Yang dah keluarkan akaun 3 KWSP tu, jangan lupa bayar zakat tau.
BACA JUGA Mana helikopter dinaiki Presiden Iran? Rupanya ini keadaan cuaca ketika ‘kemalangan’ berlaku