Dah berapa kali minta cerai sebab suami kulit gelap, akhirnya wanita ini bakar suami ketika sedang tidur sampai mati

Sudah berapa kali minta cerai disebabkan suami kulit gelap, akhirnya wanita ini bakar suami ketika sedang tidur sampai mati.

Wanita itu telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana telah membakar suaminya yang ‘berkulit gelap’, lapor Deccan Herald.

Menurut Hakim Ashok Kumar Yadav Mahkamah daerah di Sambhal, Uttar Pradesh turut mengenakan denda Rs 25,000 ke atas tertuduh yang telah ditahan di penjara sejak empat tahun lalu.

Tertuduh (26) dilaporkan sangat tidak menyukai suaminya (25) kerana penampilannya dan pernah beberapa kali meminta cerai daripada suaminya itu.

Selain itu, tertuduh juga dikatakan telah mengancam suaminya itu dengan sangat teruk. Bagaimanapun, suaminya itu tidak mengambil serius ancaman itu dan terus hidup bersama isterinya walaupun sering kali bertengkar.

Walaupun pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, hubungan mereka sering tegang dan tertuduh juga nekad dengan keputusannya untuk berpisah.

Pada April 2019, tertuduh akhirnya telah bertindak menyiram petrol ke atas suaminya ketika dia sedang tidur sebelum membakarnya hidup-hidup.

Difahamkan, ketika berada dalam keadaan kritikal di hospital untuk beberapa jam, mangsa sempat menamakan isterinya sebagai pembunuh.

Kenyataan itu dibuat mangsa kepada polis ketika saat akhirnya sewaktu berada di hospital tersebut.

Dalam kenyataan itu juga, mangsa turut memberitahu bahawa tertuduh seringkali mengancamnya untuk membakarnya sekiranya dia tidak mahu menceraikannya.

Tertuduh kemudiannya ditahan polis selepas abang mangsa memfailkan laporan polis berhubung kejadian itu.

“Saya bawa isteri saya ke rumah ibu bapanya sehari sebelum kejadian, di mana mentua saya memberitahu bahawa dia tidak suka saya dan mahu berpisah. Saya pulang ke rumah pada malam yang sama.

“Pagi esoknya, ketika saya tidur dekat rumah sewaktu dia membakar saya. Isteri saya tidak pernah sukakan saya sejak kami berkahwin kerana rupa saya dan kami kerap bertengkar.

“Dia kata rupa saya tidak menarik serta gelap dan saya sepatutnya melepaskan dia atau dia akan membakar saya dengan api. Hari ini, dia akhirnya lakukan apa yang pernah dia ancam kepada saya sebelum ini…” kata mangsa sebelum meninggal dunia.

Dalam perbicaran itu, tertuduh mendakwa bahawa dia tidak bersalah dan dia cuba untuk menyelamatkan suaminya.

Bagaimanapun, mahkamah berkata bahawa pertuduhan terhadap tertuduh telah dibuktikan tanpa sebarang keraguan munasabah.

Baca juga: Berlaku insiden mistik ketika persandingan Fazley dan isteri, ramai tak tahu rupanya…