Ibu dan ayah merupakan ‘malaikat’ yang dikirimkan oleh Allah supaya dapat menjaga kita sejak lahir hinggalah mampu untuk berdikari sendiri.
Sebagai anak juga, kita perlulah dan wajib membalas jasa kedua ibu bapa sekadar yang mampu dan tidak membebani diri sendiri.
Namun, seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini dia tidak mampu untuk menjenguk kedua orang tuanya setelah bernikah dengan wanita kaya yang melarangnya untuk melakukan perkara sedemikian.
Assalamualaikum semua, sihat tak min? Harap hendaknya semua sihat sentiasa. Sempena masih di bulan syawal ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada admin dan seluruh warga kerja samada dalam atau di sebalik tabir page ni.
Aku cuma nak luahkan apa yang telah terbuku di hati aku sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang terjadi pada diri aku min. Nama aku Syawal (bukan nama sebenar) ada seorang isteri bernama Puteri (bukan nama sebenar) dan tiga orang anak hasil perkahwinan kami selama lapan tahun.
Untuk pengetahuan pembaca, aku dan anak-anak dah empat tahun tak dapat balik beraya di sebelah keluarga aku. Dan begitulah juga yang terjadi kepada anak-anak aku tak dapat berjumpa dengan tokbah dan tokmaknya selama empat tahun ini.
Aku luahkan sebab aku dah tak boleh tahan dengan dugaan ini. Aku rasa aku macam dah tak kuat dah menanggung kerinduan, menanggung kebersalahan terhadap orang tua aku. Aku tahu dan pasti, kedua orang tua aku walau macam mana sekalipun sedikit sebanyak mesti kecik hati dengan aku. Aku rasa aku macam dah jadi anak derh4ka. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa aku.
lanya bermula pada satu kejadian di mana ada sekali tu aku balik kampung bersama isteri dan anak – anak sebab ada majlis perkahwinan sepupu aku. Pada masa itu isteri dalam keadaan badmood. Aku pun tak tahu sebab apa isteri badmood.
Ibu aku tegurlah kat isteri aku “Puteri, Puteri dah makan, nanti nak makan Puteri pergi ke rumah Auntie Laila tau”. Ibu aku hanya tegur macam tu je. Korang tahu apa jadi, lepastu isteri aku naik angin. Dia cakap aku tahulah nak makan cari sendiri, sibuk – sibuk tanya dah kenapa?? Lepas tu kami pun berg4duh, terus kemas – kemas dan balik.
Anak-anak aku nangis tak nak balik. Aku pun nangis juga. Ibu dan ayah aku adalah insan yang baik gila. Walaupun tak kaya dari segi harta, tapi kaya dengan adab dan kehormatan. Isteri aku ni, dia overthinking dan oversensitive. Setiap kali kalau balik kampung aku je, mesti badmood.
Contohnya aku dah plan sehari sebelum raya kitorang balik nak sambut raya. Dia punya badmood, sampai aku kena pujuk, pujuk dan pujuk, last sekali balik selepas solat hari raya. Kerap sangat berlaku macam ni sekiranya balik ke belah aku.
Kalau balik ke rumah keluarga dia bukan main lagi. Laju je dia. Aku tahu isteri tak suka balik ke kampung aku. Yelah, keluarga aku kan miskin. Start dari kejadian tu hingga sekarang lebih kurang empat tahun tak balik. Isteri aku juga melarang aku untuk balik kampung jumpa ibu ayah aku.
Dia cakap kalau aku balik jugak, kita cerai. Gila ke tak. Walaupun kalau ada berlaku kec3masan pun dia tak bagi balik. Kadang-kadang aku terfikir, isteri ke suami yang ada kuasa vito. Ikutkan kalau aku nak balik pun, aku tak perlu mintak izin dari dia untuk balik jumpa kedua orang tua aku.
Aku takdalah sampai tak balik betul, cuma aku tak dapat nak tidur sahajalah kat rumah orang tua aku. Kebetulan kerja aku banyak outstation, aku akan singgah juga ke rumah orang tua aku untuk melihat perkembangan diorang secara sembunyi.
Aku kesian kat anak – anak aku je, dah empat tahun diorang tak balik jumpa atok nenek. Perbezaan aku dan isteri ialah aku orang biasa dan isteri orang kaya. Aku orang kampung dan isteri orang bandar. Sungguhpun begitu, aku sentiasa berusaha untuk mewahkan isteri dan anak-anak aku.
Aku sayang sangat-sangat kat isteri aku. Walaupun pernah kena sep4k ter4jang, aku tetap sayang. Ya, betul macam dah terbalik kan. Dia punya overthinking dan sensitif sangat kadang membuat aku kesian kat dia. Aku macam dapat rasa yang isteri aku ni monster yang mental. Aku kadang-kadang kesian tengok dia.
Untuk pengetahuan pembaca juga, anak-anak aku lebih suka balik ke kampung aku berbanding balik ke rumah keluarga isteri. Selama empat tahun ini juga, hari raya kami disambut dengan pergi ke rumah keluarga isteri ataupun kami pergi melancong.
Nikmat hari raya yang selama ini disambut dengan keseronokkan kini aku dan anak – anak dah tak dapat merasai lagi nikmat itu. Sambutan hari raya belah keluarga isteri aku raikan dengan penuh keikhlasan di hati. Aku menyantuni keluarga belah isteri dengan baik tanpa ada perasaan d3ndam pun terhadap isteri.
Setiap kali aku ajak balik kampung, isteri akan memarahi aku macam nak m4ti. Kami akan jadi g4duh besar. Perkataan cerai akan sentiasa keluar dari mulutnya. Walaupun aku nak bawa anak – anak sahaja balik kampung tanpa dia perlu ikut, isteri turut melarang macam nak gila juga. Aku tak suka nak berg4duh – g4duh. Aku penat dah sangat. Raya kali ini, tanpa sebutir perkataan pun keluar dari mulut aku untuk pelawa dia balik ke kampung aku. Pada hari raya kelima aku menulis luahan ini pun aku belum balik melawat kedua orang tua aku.
Derh4kakah aku sebagai anak? Dayuskah aku sebagai suami? Kenapa isteri aku menjadikan aku sebagai seorang yang Dayus? Sedih, sedih sangat. Aku tak nak semua ini berlaku. Kadang-kadang terbangun malam terjaga aku menangis, menangis dalam diam.
Benarlah orang kata untuk mencari pasangan carilah yang sekufu dan faham. Sekufu ni dari semua segi. Agama, harta, keturunan, latar belakang. Bila kaya vs miskin, orang miskin akan sentiasa dih1na. Pada saat ini aku sangat rindukan keluarga aku, sangat rindukan menyambut hari raya bersama – sama mereka.
Aku dah mula dapat rasakan nikmat yang Allah kurniakan selama ini sedikit demi sedikit Allah dah mula tarik nikmat itu. Memutuskan silaturrahim, nikmat rezeki aku m4kin sukar. Aku sekarang rasa m4kin tak cukup dengan nikmat rezeki ni.
Hutang m4kin bertambah. Aku perasan dah, tapi isteri aku tak nampak semua ini. Doakan aku ye min dan pembaca sekalian. Harap hidup aku akan kembali normal seperti sebelum ini. – Syawal (Bukan nama sebenar)