“Dah diserang ular, kena serang dengan helang pulak”- Wanita ini alami detik cemas diserang dua haiwan secara serentak

Seorang wanita yang sedang memotong rumput di halaman rumahnya berdepan detik cemas apabila diserang dua haiwan berbahaya secara tiba-tiba.

Peggy Jones yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat menceritakan secara tiba-tiba seekor ular jatuh dari atas sebelum membelit lengannya.

“Ular itu melilit dengan kuat dan saya terus menggoncang tangan ke udara untuk melepaskannya. Kemudian, seekor helang datang menyambar dan mencakar lengan saya berulang kali,” katanya.

Reptilia tersebut juga mencuba mematuk wanita tersebut selama empat kali di kaca matanya ketika helang tersebut mendekati.

Helang tersebut berjaya melarikan ular yang berada di lengan Peggy dan dia dibawa ke hospital oleh suaminya untuk rawatan lanjut.

Baca juga: Hanya bersenjatakan hand sanitizer, lelaki ini berjaya rompak RM221,939 dari kedai emas