Lelaki ini bertidak mengerat jari telunjuk dan membelah tangannya menjadi dua malah sudah habis RM173,871.67 semata-mata mahu menjadi makhluk asing.
Bukan itu sahaja lelaki berkenaan telah memasang gigi taring logam, implan kulit, membelah lidah dan mencacah tatu, antara perubahan unik yang dilakukannya sepanjang tahun.
Marcelo ‘B-Boy’ De Souza Ribeiro, dengan ‘transformasi’ itu dia diberi jolokan ‘lelaki ubah suai dunia’ dan sudah berhabis untuk kelihatan seperti ‘makhluk asing’.
Namun lelaki 40 tahun itu masih belum selesai ‘menukar’ diri walau 98 peratus tubuh sudah diubah suai.
Katanya, selepas ini dia merancang membuang lebihan otot dan kulit bagi penampilan berikutnya.
“Saya mengkaji pengubahsuaian tubuh yang dilaksana di dunia dan daripada apa yang saya lihat, belum ada lagi yang melakukan seperti saya.
“Saya mendapat inspirasi daripada filem dan dokumentari mengenai UFO. Penampilan yang saya cari pada tangan saya adalah menyerupai makhluk angkasa lepas,” kata artis tatu dari Sao Paulo, Brazil itu.
Dia kini mempunyai 1,500 tatu dan mendakwa perubahan terbaharunya mengambil masa empat bulan untuk disiapkan dengan kos keseluruhan £655 (RM3,927).
Lelaki itu mula mengubah dirinya Februari lalu apabila mengeluarkan lebihan minyak dan lemak di tangan kiri untuk kelihatan lebih langsing.
Marcelo berkata, selepas melihat hasilnya, dia tertarik untuk mengubah suai anggota badan dan mengambil masa dua minggu bagi mengkaji prosedur, sebelum jari telunjuk dibedah.
“Saya tidak menyesal dengan perubahan dilakukan dan saya rasa orang ramai menyukai penampilan baharu saya.
“Saya juga tidak mengalami kesukaran melakukan aktiviti dengan jari ini sama ada menaip, memegang objek dan bermain alat muzik.. semuanya macam biasa,” katanya.
Baca juga: Ustaz Wadi Annuar hadir majlis ilmu di rumah rasmi PM, nyata sokongan kepada Anwar?