Bosan makan lauk raya? Jom cuba buat sardin ‘homemade’, mesti ramai terkejut rasa dia

Sardin merupakan pilihan makanan yang sering dipilih apabila kekurangan idea untuk memasak makanan tengah hari atau ketika terdapat kekangan kewangan yang menghalang untuk membeli bahan makanan lain.

Ia sangat mudah disediakan, hanya dengan memanaskan lauk tersebut, pasti anda akan kenyang sehingga malam. Hidangan tersebut semakin enak apabila disajikan bersama telur dadar, pastinya dapat menambah selera lebih-lebih lagi ketika sedang lapar.

Namun, tidak ada salahnya bagi orang ramai untuk mencuba memasak sardin sendiri untuk disajikan kepada keluarga. Seperti yang dilakukan oleh pengguna Facebook, Eniza M Salim, yang memilih untuk memasak lauk tersebut sendiri.

Homemade Sardin

Ikan sardin seberat satu kilogram, empat biji bawang besar, empat ulas bawang merah kecil, empat ulas bawang putih, hirisan halia sebanyak satu setengah, tiga sudu besar cili kering yang dikisar, dan sebiji tomato yang dipotong dadu adalah di antara bahan-bahan yang diperlukan.

Selain itu, bahan-bahan lain termasuk lima biji cili yang dipotong dua, empat sudu besar cili sos dan sejumlah sos tomato, satu setengah tin tomato puree, garam, dua sudu besar gula, satu sudu besar sos tiram, dua cawan air (disesuaikan mengikut kepekatan), dan dua biji limau nipis (untuk perapan).

Cara-cara penyediaan homemade sardin:

Setelah menyiapkan bahan-bahan, mari kita beralih kepada langkah-langkah penyediaan. Pertama, potong ekor dan kepala ikan, kemudian bersihkan.

Selepas itu, perap ikan selama 10 minit dengan satu setengah sudu garam dan dua biji limau nipis atau kasturi. Setelah perap, basuh ikan dengan air dan toskan. Letakkan ikan di tepi untuk sementara waktu.

Untuk langkah yang pertama, kisar semua bawang, halia, dan dua biji tomato. Kemudian, tumis bahan kisar tersebut sehingga wangi dalam minyak yang agak banyak, kira-kira suku cawan.

Setelah bahan tersebut garing dan wangi, masukkan cili yang telah dikisar dan teruskan menumis sehingga benar-benar garing dan minyak pecah.

Kemudian, masukkan pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato yang dipotong, dan bahan-bahan yang lain kecuali air. Kacau lagi agar bahan-bahan tersebut sebati. Sentuh rasa masin, manis, dan masamnya. Jika sudah cukup, tambahkan dua cawan air (tidak perlu terlalu banyak), kacau sehingga sebati, dan masukkan ikan.

Kemudian, tutup periuk tekanan dan set masa selama kira-kira 80 minit. Proses ini akan membuat tulang ikan menjadi agak lembut.

Setelah masa yang mencukupi, lepaskan wap tekanan mengikut arahan pressure cooker masing-masing. Stir fry sedikit selama dua minit untuk memperoleh kuah yang pekat, dan hidangkan

Baca juga: Kerja syif malam tapi nak cari Lailatulqadar? Ikut nasihat ini, moga amalan diterima oleh Allah