Tular gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan aksi masing-masing sedang menatap buku.
Anwar dilihat memegang novel berjudul ‘Until August’ karya Gabriel García Márquez yang diterjemah oleh Anne McLean manakala Hadi acah membaca bukunya sendiri.
Ikuti bicara nasihat akal penuh rahmah untuk kebaikan bersama oleh Ahmad Mohamad yang menarik perhatian dan dikongsi orang ramai ini:
Dalam satu gambar mencerita keadaan berikut: Seorang menulis dan membaca buku sendiri.
Seorang lagi menulis dan membaca buku orang lain. Seorang ikhlas ketika membaca, seorang lain nak tunjuk dia pun baca.
Memang berbeza. Seorang tak ambil gaji tapi kerja. Seorang tak kerja tapi ambil gaji.
Seorang baca buku agama tapi tidak mengajar jadi amanah. Seorang lagi baca buku Barat tapi sangat amanah dengan harta rakyat.
Itulah dunia. Ramai orang ditipu dengan agama. Ramai ingat iman dan sifat amanah boleh diwarisi. Inilah yang dikatakan zaman “edan”.
Orang agama dan miskin menjadi kaya dengan agama. Orang bukan berpendidikan agama dan kaya tapi menjadi miskin dengan agama. Tapi kedua-duanya mempunyai pengakhiran hidup yang berbeza di akhirat nanti.
Yang miskin menjadi kaya di akhirat sebab agama kerana menjadikan harta kekayaan sebagai jambatan dan bekalan akhirat.
Orang miskin dan beragama menjadi kaya kerana merasa agama itu barang jualan dan mendapat laba dengan menjaja agama.
Akhirnya menjadi muflis di akhirat kerana niat yang tidak ikhlas untuk pencipta akhirnya meragut semula pahala yang ada.
Persoalannya, siapa yang tertipu dengan laba dunia sementara dan siapa yang beruntung ikhlas dengan apa yang ada.
Yang paling rugi orang agama yang menyeberang sungai agama demi politik dan ghanimah.
Berbanding orang politik menyeberang sungai politik demi mengorbankan diri kerana menjaga kepentingan negara dan agama.
Tapi yang paling tertipu adalah walaun mereka ditipu oleh orang agama sehingga sanggup memajak akal mereka dan membuang dan membazir harta kepada pedagang agama.
Nauzubillah.