Banyak kisah rumahtangga yang kita baca di media sosial yang menunjukkan perangai seorang ‘suami’ ini jauh panggang dari api dan tidak sama seperti yang digariskan agama.
Rata-rata hanya menunjukkan perangai sebenar mereka yang hanya mahu menjadi biawak hidup dalam perkahwinan dan membiarkan sahaja isteri menanggung segala keperluan.
Kisah ini menceritakan seorang pensyarah yang baru sahaja menukar agama dan diperlakukan dengan teruk oleh suaminya manakala diperhatikan oleh anak muridnya yang nyata terkejut dengan kejadian tersebut.
Tujuan kami membuat pengakuan di sini untuk sedarkan para isteri jangan bodohkan diri jika dapat suami kaki pukul, jangan biarkan diri disiksa terus menerus, sedangkan suami yang disayangi itu bukanlah suami yang baik, malah perbuatannya bukan sahaja boleh menced3rakan malah boleh membawa m4ut jika isteri terus berdiam diri.
Ada orang mendakwa kalau isteri kena pukul itu berpunca dari sikap, perbuatan, mulut dan kejahatan si isteri itu sendiri hingga suaminya naik tangan kaki. Tetapi walau apa pun keburukan si isteri, suami tak boleh pukul isteri.
Walaupun isterinya tak masuk ajar, jahat, mulut laser, melawan atau suka mem4ki hamun suaminya. Namun suami tidak boleh pukul isteri kecuali menasihati. Jika masih gagal suami boleh ceraikan atau tinggalkan isterinya beberapa bulan supaya si isteri insaf. Bukan pukul.
Saya dan beberapa orang kawan merasa terlalu sedih dengan kejadian yang kami lihat depan mata sendiri. Kami penuntut sebuah IPTA. Nak jadikan cerita, satu hari kami berjalan ke rumah Puan Siti. Dia memang peramah, berbudi bahasa dan lemah lembut.
Secara bergurau kami pernah mempelawa diri sendiri hendak berjalan ke rumahnya. Dia gembira dan sangat mengalu- ngalukan. Ketika kami tiba, suaminya tidak ada di rumah dan Puan Siti baru balik daripada mengambil anak kecilnya di rumah pengasuh.
Sementara dua orang lagi anaknya baru balik kelas agama. Kerana anak-anaknya pun ramah, kami berbual sambil menonton tv. Kami perhatikan, mereka tertib dan suka berkawan walaupun kami bukan sebaya mereka.
Tetapi mereka boleh berbual dan bertanya tentang kami. Sementara ibunya sibuk di dapur dibantu rakan kami untuk menghidangkan air. Ketika kami sedang menghadap minuman, suami Puan Siti balik. Kami terus berbual dengan anak-anaknya tetapi mereka ini seakan faham bila mereka dengar pintu kereta ditutup kuat. Mereka sepantas kilat berlari masuk bilik.
Kami terdiam. Bila kami lihat wajah suami Puan Siti memang bengis, kami kaku terdiam tidak berani menyambung perbualan. Kami terk3jut lihat suami Puan Siti menolak kuat dia masuk ke dapur. Kemudian kami terdengar suara suaminya, “kau ingat rumah ni hotel boleh bawa orang datang sesuka hati?” Kami berpandangan sesama sendiri sebab merasa tersindir.
Salah seorang kawan ajak segera balik. Tetapi kami perlu beritahu Puan Siti dulu, lagi pun dengan siapa kami nak tinggalkan anak kecil 3 tahun ini? Kakak dan abangnya sudah lari masuk bilik. Mendengar suara ayahnya menjerit kuat, kanak-kanak ini pun menangis.
Dalam pada itu, kami dengar suami Puan Siti terus meng4muk di dapur. Mendengar anaknya menangis, Puan Siti berlari ke ruang tamu. Tetapi suaminya lagi pantas mengikut dari belakang dan menarik tudungnya hingga tertanggal.
Kami lihat tangannya sepantas kilat mengetuk dua kali kepala Puan Siti sehingga membuatkan Puan Siti terhoyong hayang. Kami bertiga terkaku melihat kejadian itu di depan mata. Ketika itu saya memeluk anak Puan Siti, tak sampai hati nak tinggalkan anak kecil ini sendirian.
Kami dengar suara suami Puan Siti keras, “kau ingat aku tunggul kayu, bawa orang sesuka hati?” Ketika itu kami terasa amat malu sebab berani datang ke rumah Puan Siti. Menyesal pun ada tetapi memang kami pernah dipelawa datang ke rumah Puan Siti. Jika kami tahu suaminya ganas dan kasar, taubat kami tak datang.
Sambil membebel, suami Puan Siti berjalan masuk ke bilik anak-anaknya. Kami dengar anak-anaknya menangis sebab dirotan kerana tak mandi selepas balik sekolah. Ketika itu rasa kesal tertanam di hati kerana kehadiran kami menyebabkan anak beranak Puan Siti berantakan.
Puan Siti tidak benarkan kami balik sebab dia tahu jauh. Waktu itu panggil Grab pun gagal. Puan Siti terus capai kunci kereta dan beg tangan. Puan Siti hendak hantar kami ke perhentian bas. Dalam keadaan serba salah dan ketakutan, kami naik juga kereta
Dalam kereta, kami semua membisu tak berani bersuara. Sampai di hentian bas kami ucapkan terima kasih kepada Puan Siti. Tak jadi tunggu bas, kami naik teksi sebab nak cepat sampai rumah. Di rumah kami bertiga termenung tak bercakap, kelu dalam penuh kekasalan.
Dua hari kemudian Puan Siti panggil kami bertiga. Di sudut sebuah restoran dia bercerita masalah hidupnya, tanpa kami tanya. Katanya, dia tidak menduga begini nasib yang menimpa. Katanya dulu dia susah bila keluarga halau dia keluar rumah kerana dia memeluk agama Islam.
Tetapi dia nekad belajar sambil bekerja membuatkan dia berjaya masuk ke IPTA dan akhirnya menjawat jawatan yang dia pegang sekarang. Keluarganya pernah mengajak dia pulang, tetapi dia tolak setelah bertemu dengan suaminya dan berkahwin. Menyebabkan keluarga sem4kin pulaukan dia.
Malangnya nasib dia kurang baik, suami bukanlah tempat dia berg4ntung. Sebaliknya setelah melahirkan dua orang anak, suaminya berhenti kerja. Katanya kerjanya tak sesuai, jadi terp4ksalah Puan Siti sara keluarga sendirian. Ketika bekerja pun suaminya tidak sara keluarga sepenuhnya.
Setelah berhenti kerja, per4ngai suaminya bertambah cemburu, malah mahu kawal kewangan Puan Siti. Dan kerana Puan Siti tidak bersetuju, suaminya jadi lebih garang dan pemarah. Tak cukup itu, suaminya bertambah malas bekerja dan meminta duit setiap kali keluar rumah. Bab makan minum Puan Siti mesti sediakan.
Katanya dia sering dipukul kalau permintaannya tidak dipenuhi. Dia bertindak demikian kerana dia tahu Puan Siti tidak ada keluarga selain dirinya. Puan Siti meminta kami rahsiakan masalahnya supaya tidak menjadi bualan di tempat kami belajar.
Saya beranikan diri bertanya adakah tangannya yang bersimen dulu akibat dipukul? Beliau mengaku, malah dia sering pening dan gelap mata kerana kepalanya pernah dihentak ke dinding. Malah jari tangannya juga pernah disimen
Mendengar cerita yang mengerikan itu, kawan mencadangkan Puan Siti bercerai. Tetapi suaminya tidak akan ceraikannya, malah mengugvt kalau dia dipanggil ke mahkamah, dia akan ambil tiga orang anaknya. Dia akan bagi alasan Puan Siti akan kembali ke agama asalnya.
Ini yang menakutkan Puan Siti, dia tak boleh berpisah dengan anak-anaknya. Dan dia tahu suaminya tidak bekerja, bagaiman dia boleh sara anak-anak, kecuali dia serahkan anaknya kepada keluarga di kampung. Ini yang membimbangkan Puan Siti.
Dia bimbang pelajaran dan masa depan anak-anaknya akan terganggu. Puan Siti tahu mertuanya kurang ambil berat tentang pelajaran, sebab itu anak-anaknya ramai tercicir dalam pelajaran termasuk suaminya yang kurang didikan agama dan malas bekerja.
Namun beliau berazam bersabar beberapa tahun lagi hingga dua orang anaknya dapat masuk sekolah berasrama. Ketika itu dia tidak bimbang jika bercerai sementara anak kecilnya akan memilih dirinya bukan suaminya. Namun beliau berdoa suaminya berubah.
Akhir kalam kami ingatkan Puan Siti supaya berhati-hati, kami bimbang kejadian buruk berulang. Kami tak mahu dia terlantar di hospital dan suaminya ditahan polis, apa akan jadi dengan anak-anaknya.
Ketika itu, kami lihat Puan Siti menangis, katanya dia memang takut sambil berdoa keselamatan dia anak beranak. Kami akhiri perbualan dengan linangan air mata.
Di rumah kami bertiga berazam tidak akan kahwini lelaki sembarangan. Kami tak takut jadi andartu. Emak ayah yang besarkan, beri kami didikan agama dan pelajaran tidak pernah pukul kami, tetapi mengapa suami yang dapat kesenangan hidup dari isterinya, sanggup ced3rakan isteri, sedangkan dia tidak pernah keluar sesen duit pun besarkan kami. Aduh!! Layakkah lelaki seperti ini jadi suami, jika ini berlaku, lebih baik bercerai daripada disiksa.
Baca juga: Ini resepi kek batik paling legend, jangan ‘derhaka’ bahan mesti cukup semua rasa!