Inilah pentingnya bernikah, untuk menjaga keturunan bukan lagak seperti orang sudah berkahwin tanpa pegangan agama, yang menjadi pada akhirnya adalah anak.
Bayangkan selama ini hidup, ada adik beradik lain, ada surat beranak cukup lengkap tapi sebenarnya mak bapa tak pernah kahwin.
Seorang pengguna Facbook yang juga Pengasas Rumah Amal Mama Ezzya Baiti Al Jannah, Ezzya Ezza Ezzyat menceritakan semula pengalaman anak tidak sah taraf.
Di usia 19 tahun, nak berkahwin dengan pasangan masing-masing dah siap isi borang nikah tapi bila sampai ke bahagian wali mula terbongkar kisah silam.
Rupanya si bapa tidak mahu menjadi wali, bila hubungi mak jawapan diberi amatlah mengejutkan kerana mereka tidak pernah bernikah walaupun anak dah enam orang.
Terpaksa guna khidmat wali hakim, tapi bila pejabat agama minta kepastian ibu bapa, si ayah menolak dengan alasan mahu menjaga aib.
Ketika disoal bagaimana kesemua anak ini ada surat beranak yang dibin atu binti kepada ayah, si ibu memaklumkan ia senang dilakukan pada waktu dulu.
Maka si gadis itu pun terpaksa membatalkan niat untuk berkahwin dek kerana ibu bapa yang pentingkan diri konon menjaga aib padahal bebas membuat dosa.
Pada akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak perempuan kerana kesukaran bernikah tanpa wali.
Si anak akhirnya terjebak dengan dadah yang merosakkan diri, malah diri juga sudah tidak menjaga batas sampai seperti ibu bapa kandung.
Puncanya datang daripada ibu bapa yang memilih untuk tinggal dan membesarkan dalam dosa.
Tambah Ezzya, si bapa dikatakan sudah meninggal dunia manakala si ibu mengalami strok.
Baca juga: Hafidz Roshdi mintak kecam lagi! Kali ini naikkan nafkah anak jadi RM200- “Ada waktu dia tak bagi”