Kata ‘jangan’ rupanya boleh jadi penyebab seorang budak akhirnya makan nasi dengan sambal saja sampai kepedasan.
Ikuti cerita menarik Hatta Midy yang disukai ribuan pengguna Facebook ini mengenai pentingnya komunikasi dalam bahasa Melayu jika melibatkan suku atau asal keturunan berbeza bagi mengelakkan salah faham:
Di Sekinchan atau sekitarnya, majoriti boleh kata banyak orang Jawa dan Banjar. Aku ni walaupun Jawa, tapi kawan kampung aku banyak Banjar.
Jadi kelebihannya, aku reti la dua bahasa. Ngomong yo keneng, basurah jua bisa.
Cuma di Sekinchan ni dulu terkenal satu cerita rakyat pasal orang Jawa dan Banjar. Ceritanya, si Jawa ni ajak orang kampung datang kenduri tahlil.
Yang datang tu termasuklah anak orang Banjar yang duduk bandar dan tak reti cakap Banjar. Jawa lagilah tak reti.
Habis tahlil, tuan rumah wak Jawa ni ajak la tetamu makan. Budak Banjar tu tinjau la lauk pauk satu persatu. Sedap juga nampak masak lemak nangka ni!
“Yang ni jangan…” kata wak Jawa senyum sambil tunjuk masak lemak nangka. Budak Banjar tu terpinga-pinga.
“Yang ni pun jangan…” kata wak Jawa lagi sambil tunjuk sayur campur. Budak Banjar tu ternganga lagi.
“Haa, yang ini sambel…” tambah wak Jawa lagi. Kali ni budak Banjar tu angguk sambil senyum sebab faham.
Maka budak Banjar tu ambil nasi dan makan la nasi dengan sambal je sampai kepedasan. Wak Jawa pelik lah tengok dah kenapa budak ni minum air manjang.
Lah? Dah kenapa makan lauk sambal je?
“Wak tadi kata masak lemak tu jangan, sayur campur pun jangan. Sambal je wak tak kata jangan. Saya makan sambal je lah…” kata budak Banjar tu sambil minum air sirap gelas yang ke lapan.
Hah!
Wak Jawa tu pulak yang ternganga.
Sebenarnya dalam bahasa Jawa ‘Jangan’ tu maksud umumnya ialah, masakan yang dah siap (biasa berkuah) atau dalam bahasa pasar, dipanggil ‘Sayur’.
Contoh :
“Iki ‘Jangan’ bening…”
atau dalam Bahasa Melayu,
“Ini ‘Sayur’ bening…”
Tapi aku tak tahu la cerita atas tu betul ke tak. Cuma ni la modal orang tua kampung nak bergurau masa zaman Aina Abdul belum lahir.
Dah lah. Aku nak masak air ni.
BACA JUGA Ini sebab orang Cina jarang ‘renovate’ rumah berbanding orang Melayu