Dahaga sampai beli pelbagai air ais di bazar, awas! Ini kesan buruk kalau minum ais ketika berbuka

Seringkali kita seperti hilang kewarasan apabila mengunjungi bazar ramadan dek kerana pelbagai jenis air yang dihidangkan.

Pelbagai jenis air yang dihidangkan antaranya yang popular teh ais, jagung serta air tebu.

Namun, adakah pengambilan ais ketika berbuka puasa baik untuk kesihatan?

Tahukah anda, pengambilan ais semasa berbuka puasa tidak digalakkan kerana ia boleh menimbulkan beberapa masalah kesihatan.

Menurut Healthshoots, pengambilan ais boleh menyebabkan gangguan pencernaan kepada badan manusia.

Minum air sejuk atau ais boleh menyebabkan saluran darah mengecut, yang kemudian menghalang proses penghadaman.

Kerana yang sedemikian, proses penyerapan nutrient kepada badan juga akan terbantut.

Ia juga mengurangkan imun badan kerana anda bakal terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya.

Menurut American College of Sports Medicine (ACSM), minuman sejuk dapat menggantikan cecair badan yang hilang dengan lebih cepat selepas berpuasa selama sehari.

Namun anda perlulah menikmati hidangan penting dahulu sebelum menghirup air sejuk. Yang paling penting bukan air gula dan harus digantikan dengan air kosong.

Baca juga: Lauk sardin paling senang nak buat masa sahur, lagi kering lagi menjilat jari!