Dahsyat! Cleaner ini terima jam Rolex harga RM34,000 sempena 10 tahun berkhidmat

Baru baru ini tular di media sosial sebuah kumpulan restoran Singapura, Paradise Group yang menghadiahkan seutas jam tangan Rolex kepada seorang cleaner.

Tan Ai Tee bekerja sebagai kakitangan dapur namun restoran itu ditutup pada tahun 2016 lalu menyambung pekerjaannya sebagai tugas pembersihan di ibu pejabat.

Pada acara makan malam Paradise Group, sebanyak 98 utas jam tangan Rolex telah dihadiahkan kepada pekerja yang telah berkhidmat dalam jangka waktu yang lama tanpa mengira pangkat.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jam tangan Rolex yang dilaburkan kepada pekerja berjumlah RM3,332,000 juta di mana seutas jam berharga RM34,542.

Lebih menarik, auntie cleaner ini antara salah satu penerima kerana telah berkhidmat sejak tahun 2013.

“Saya terharu dan gembira kerana bos menghargai saya sepanjang di sini. Tak sangka pekerja separuh masa seperti saya masih dapat juga jam ini”, ujarnya lagi.

Wanita ini mendakwa sebelum ini pernah menerima hadiah penghargaan iaitu jongkong emas seberat 2.5 gram dan juga 5gram kerana berkhidmat selama lima tahun.

Baca juga: Siap tanggal kasut dan cabut lari, wanita ini digelar Tanggang kerana lari tinggalkan ibu kandung di Melaka Sentral