Dahsyat! Iphone ini masih hidup walaupun tercampak dari pesawat terbang

Mengejutkan apabila sebuah telefon bimbit pintar ditemui masih dalam keadaan baik walaupun tercampak dari ketinggian 4876.8 meter.

Berdasarkan laporan Bloomberg, telefon bimbit tersebut ditemui dalam keadaan tidak berkunci dan masih mempunyai hayat bateri yang mencukupi untuk berjam-jam di tepi jalan di Portland, Oregon.

Catatan di X diberikan oleh pengguna yang dikenali sebagai Seanathan Bates yang mendakwa menemukan peranti tersebut.

Skrin telefon bimbit tersebut menunjukkan e-mel dari Alaska Airlines mengenai tuntutan bagasi untuk penerbangan itu sekaligus mengiyakan kenyataan yang dibuat oleh Bates apabila telefon tersebut terjatuh dari pesawat.

“Ia masih cukup bersih, tiada calar padanya, (ia) ditemukan di kawasan semak,” katanya.

Pesawat Alaska Airlines berkenaan terpaksa berpatah balik beberapa minit selepas melepasi landasan kerana panel tingkap tercabut.

Baca juga: Busuk hati punca Fathia Latiff tiada kawan, Zarina Anjoulie dedah perangai busuk kawan baik -“Dia tak sedar diri dah tak popular”