Dahsyat! Jaguar ‘reban ayam’ ini berharga RM576,000

Menurut laporan akhbar The Sun semalam, sebuah kereta jenama Jaguar keluaran 1958 yang telah diselaputi karat selepas dibiarkan terbiar selama 25 tahun di belakang sebuah reban ayam dijangka boleh dijual pada harga £100,000 (RM576,267).

Kereta model Jaguar XK150 drophead coupe tersebut adalah milik seorang petani yang membelinya untuk projek pemulihan kira-kira 30 tahun yang lalu.

Namun, kereta vintaj tersebut telah terbiar di belakang sebuah reban ayam selama suku abad, sehingga dipenuhi karat dan debu, tempat duduknya terkoyak, dan catnya juga telah lekang.

Nilai kenderaan tersebut kini dianggarkan mencapai £40,000 (RM230,541), tetapi jangkakan akan meningkat hingga melebihi £100,000 (RM576,267) sekiranya dibaik pulih.

“Kami menerima banyak permintaan bagi kereta ini. 

“Ia mengimbas kembali era semasa kejuruteraan British berada di kemuncak industri dan kereta Jaguar menjadi rebutan ramai,” kata pelelong daripada Humbert & Ellis Auctioneers, Jonathan Humbert.

Baca juga: “Depan mata aku suami Siti tarik tudung dia sampai tercabut siap kena jerkah lagi, rupanya dia marah sebab bawak tetamu balik..”