Dahsyat! Kereta baharu Mercedes ini boleh pandu guna ‘niat’

Syarikat pengeluar kenderaan antarabangsa, Mercedes didakwa telah membangunkan sebuah kereta yang dapat dikendalikan oleh keupayaan minda manusia.

Mercedes Vision AVTR direka berdasarkan konsep filem sains fiksyen Avatar, melalui kerjasama dengan studio filem James Cameron.

AVTR adalah singkatan untuk filem Avatar, tetapi ia juga merujuk kepada perkataan ‘Transformasi Kenderaan Lanjutan’.

Ketua reka bentuk Mercedes, Gorden Wagener berkata: “Pengalaman pengguna sebagai elemen utama adalah setanding dengan organisma simbiotik.”

Dalam konteks filem Avatar, orang Na’vi menunggang makhluk terbang dan membina hubungan simbiotik melalui rambut mereka.

Sebagaimana Mercedes Vision AVTR, pemandu akan menyambungkan pemikirannya dengan kereta menggunakan perisian Antara Muka Komputer Otak (BCI).

Walaupun kereta itu tidak boleh dikawal sepenuhnya hanya dengan berfikir, pemandu mempunyai keupayaan untuk mengawal perisian dalaman kenderaan, seperti menukar saluran radio dan memilih warna pencahayaan.

Setelah memakai topi keledar, otak akan memberi respons terhadap rangsangan visual yang dihasilkan oleh peranti tersebut.

Baca juga: Kuala Lumpur No 6 paling banyak dikunjungi di dunia, kalahkan New York & Seoul