Majlis perkahwinan di Sukabumi, Jawa Barat, menjadi tumpuan pengguna media sosial kerana pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa rumah bernilai 1.5 bilion rupiah (RM459,076) dan dua kereta, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Detik.
Dalam klip video yang tersebar luas di platform TikTok, dapat dilihat pengantin lelaki memberikan kereta Honda HRV dan Toyota Camry serta sebuah miniatur rumah sebagai simbol rumah sebenar, bersama dengan pelbagai hantaran lain yang turut diberikan.
Rakaman video tersebut dimuat naik oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Agus. Beliau menyatakan bahawa pasangan pengantin itu adalah Radja Panutan dan Adinda Galuh Nurutami.
“Pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebuah rumah berharga 1.5 bilion rupiah dan dua buah kereta,” katanya.
Dia turut memberitahu pengantin lelaki merupakan seorang ahli perniagaan, manakala pengantin perempuan ialah bekas peserta Mojang Jajaka Kota Sukabumi 2019 (pertandingan duta pelancongan dan kebudayaan).
Baca juga: Buntu berapa hari nak ganti bilangan puasa? Jangan risau, Mufti ajar pilih yang meyakinkan!