Dakwa hafal 15 Juzuk Al-Quran, Wanita tiba-tiba tanggal baju di kelab komedi. Kelab komedi selalunya membahaskan isu sensitif sebagai bahan jenaka. Namun tindakan wanita ini yang begitu bangga dirinya menghafal 15 juzuk Al-Quran bertindak membuka tudung dan baju kurungnya dan memakai pakaian seksi dilihat sangat menghina.
Viral di media sosial Facebook baru-baru ini mengenai satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Lokman Daud yang memaparkan tindakan seorang wanita telah mendapat kecaman orang ramai.
Menerusi video tersebut, wanita itu pada mulanya dilihat berpakaian sopan dengan memakai berbaju kurung dan berselendang sambil memperkenalkan dirinya.
Namun, secara tiba-tiba dia telah bertindak menanggalkan tudung dan pakaiannya di hadapan orang ramai di sebuah kelab komedi di ibu kota, Kuala Lumpur.
“Saya telah menghafal 15 juzuk AL-Quran but… one second…”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi dengan mengecam tindakan wanita itu yang bukan sahaja memalukan nama baik agama Islam malah dirinya sendiri.
“Allah, apa nak jadi dengan orang Muslim zaman ini, ramai dah terpesong akidahnya,” tulis seorang pengguna Facebook.
JAWI akan mula menyiasat
Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melakukan siasatan awal video tular tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Perseketuan) 1997, Seksyen 7 iaitu menghina, atau menyebabkan dipandang hina agama Islam dengan denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Sehingga kini masih tidak faham dimanakah lawak yang cuba dismampaikan? Hafal-Al-Quran tak semestinya bertutup aurat? Adakah itu jenaka yang cuba disampaikan? Belajar bezakan diantara lawak dan menghina. Mungkin lepas ini boleh belajar ‘common sense’, senang sangat, budak tadika pun boleh belajar.
Baca Juga: Ceramah ‘live’ Ustaz Kazim jadi huru-hara, peserta wanita meracau dan mengamuk
Baca Juga: Jalan-jalan, makan-makan dan hasrat membukukan kematian