Dakwa pergi haji dengan pakej VVIP-Bonda Rozita tidur beralas plastik sampah tak ubah seperti gelandangan

Dakwa pergi menunaikan haji dengan pakej VVIP namun tiada maknanya semua itu, Bonda Rozita tidur beralaskan plastik tidak ubah seperti gelandangan.

Namun, bayaran yang dikenakan mencecah ratusan ribu ringgit, namun bukanlah pakej VVIP yang didapati. Sebaliknya, masih lagi tidur berbantalkan plastik sampah seperti seorang gelandangan ketika menunaikan ibadah haji.

Berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh usahawan terkenal, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita bersama ankanya, Datuk Seri Aliff Syukri ketika mengerjakan ibadah di Tanah Suci.

Meskipun dia dipuja dan disanjung di Malaysia jelas usahawan kerana status dan kewangan yang dimiliki, namun dia saling tak tumpah seperti seorang gelandangan di Tanah Suci.

Sambungnya lagi, dia tetap bersyukur dan menyifatkan pengalaman itu sebagai satu bentuk peluang untuk bermuhasabah sepanjang menjadi tetamu Allah.

“Serius haji bukan macam melancong, kita tak tahu apa Allah nak uji, apa Allah nak beri dan hikmahnya untuk memiliki haji mabrur. ‘Last’ gambar-gambar ni di Mina, selesai sudah melontar lengkap sudah haji bonda 2023.

“Pakej VVIP meskipun selayaknya gambar ini macam gelandangan dihalau, dijerit-jerit dek polis sedangkan kami di Malaysia dipuja, disanjung kerana status dan kewangan kami.

“Bonda bahagia tidur di atas plastik sampah memilih mabid (bermalam) gelandangan untuk merasai jiwa, untuk memahami maksud muhasabah diri.

“Banyak Allah beri ilmu bersama guru bonda. Ia merapatkan bonda dengan Kri (panggilan Aliff Syukri), Ammar dan besan sebagai tetamu Allah. Bonda gembira merasai gelandangan untuk kali ni. Setiap haji nikmat yang berbeza-beza,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Dalam hantaran yang sama, Rozita berkata meskipun mereka mampu untuk memilik keselesaan, namun dia meyifatkan itu sebagai yang terbaik untuknya serta Aliff dalam muhasabah diri.

Menerusi hantaran yang lain pula, usahawan itu memuji Aliff Syukri yang menjaganya dengan baik sepanjang di Tanah Suci meskipun anaknya itu mengalami ‘slip disc’ tahap empat.

Baca juga: Wanita ini menang loteri RM41.5 juta dengan modal hanya dua hinggit-‘Saya tak tahu nak buat apa dengan durian runtuh ini’