Dakwa sudah bernikah selama 10 tahun namun tiada dokumen pernikahan, pengasas perubatan jarak jauh ditangkap khalwat. Lelaki tersebut dipercayai berkhalwat dengan pekerjanya dengan alasan sudah berkahwin.
Menurut Malaysia Gazette, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, lelaki warganegara jiran yang digelar Tok Guru Diraja berusia 60-an itu bagaimanapun gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang sah bersama pasangannya itu berusia 40-an.
Alasan sudah bernikah, namun tiada bukti
Menurutnya, serbuan jam 11.30 malam itu dilakukan hasil maklumat awam mengenai kegiatan tidak bermoral warga emas terbabit yang turut mempunyai ribuan pengikut termasuk mempunyai saluran Youtube sendiri.
“Hasil aduan diterima, sepasukan penguat kuasa JAIM mengesan aktiviti maksiat di sebuah rumah teres di sini dan berjaya menahan lelaki dan janda anak seorang itu yang mendakwa telah berkahwin di negara jiran pada 2012.
“Bagaimanapun, mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang sah dan memberi alasan dokumen telah diserahkan kepada pihak lain untuk urusan pendafftaran walaupun ianya sudah hampir 10 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyertai operasi cegah maksiat di sini jam 11.30 malam tadi sebelum berakhir pada jam 3.30 pagi.
Jelasnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 kerana berkurung atau bersekediaman sehingga mendatangkan syak dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Baca Juga: Doktor perjelas bagaimana faraj terkunci boleh berlaku, sebenarnya boleh dirawat
Baca Juga: “Selagi ada umur saya bersyukur je” – Bateri jantung Bob Lokman tinggal 10 peratus sahaja