Dakwaan Hakim berbogel di katil isteri orang rupanya seorang Ketua Hakim Syarie

Identiti Hakim didakwa ‘berbogel’ akhirnya terbongkar, bakal dedah pemfitnah dirinya.Ketua Hakim Syarie yang dikatakan terlibat dalam gangguan seksual terhadap wanita pada Ogos lalu hari ini mendakwa terdapat konspirasi oleh beberapa individu dalam Jabatan Kehakiman Syariah untuk menjatuhkannya.

Ini menurut laporan polis yang dibuat hari ini oleh hakim Mohd Na’im Mokhtar (gambar atas), yang adalah Ketua Pengarah jabatan itu dan juga Ketua Hakim Syarie Malaysia.

Dalam laporannya, Na’im “menafikan sekeras-kerasnya” dakwaan bahawa dia melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di rumahnya seperti yang didakwa.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wanita itu dan saya telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasatnya kerana membuat laporan polis palsu, yang didalangi beberapa individu yang mahukan jawatan saya serta cuba menjatuhkan saya.

Beliau turut menafikan dakwaan wanita itu selain menggesa pihak polis menyiasat wanita yang didakwa membuat laporan polis palsu dipercayai didalangi beberapa individu yang mahukan jawatannya.

Dakwanya, hal tersebut bukan cubaan kali pertama untuk menjatuhkannya malah sebelum ini individu yang sama cuba mengaitkannya dengan seorang wanita lain tetapi gagal.

“Saya telah memberikan kerjasama kepada polis dalam siasatan mereka, dan menyerahkan nama individu yang masih berkhidmat di jabatan di bawah arahan saya,” katanya

Na’im juga mendakwa bahawa ini bukan percubaan pertama untuk menjatuhkannya. Katanya, sebelum ini, individu yang sama cuba mengaitkannya dengan seorang wanita lain tetapi ini dikatakan tidak berjaya.

Dilaporkan polis telah memulakan siasatan terhadap seorang hakim kanan yang didakwa berbaring dalam keadaan berbogel di dalam bilik tidurnya pada 2020.

Menurut laporan berita, kejadian didakwa berlaku pada Ogos 2020 ketika hakim berkenaan melawat rumah wanita itu, yang tinggal bersama suaminya.

Sementara itu, peguam Akberdin Abdul Kader yang mewakili Na’im memberitahu Malaysiakini bahawa hakim itu juga akan menyaman ahli politik Lokman Noor Adam atas tuduhan memfitnah.

Bekas pemimpin Umno itu didakwa menyerang kredibiliti Na’im berhubung kes berkenaan dalam klip video yang telah tular di media sosial.

“Anak guam saya akan saman Lokman Adam kerana memfitnah.

COMMENTS