Tidak dapat dinafikan ramai juga selebriti yang sudah mula mendekati agama, misalnya pengacara dan penyanyi Alif Satar.
Seorang pakar motivasi dan agama Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah baru-baru ini ada memuat naik kenyataan pendek yang dituju khas buat Aliff Satar.
“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar je yang Tok Abah berkenan.
“Suaranya sedap, suka kongsi hal kecemasan dan ada asas agama yang mantap.
“Memang nampak gaya hidupnya yang seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
Aliff Satar sering kali memilih skrip yang menjaga statusnya sebagai suami dan bapa selain berlandaskan syariat Islam.
Malah dia mengakui cabaran dalam melakonkan babak mesra namun akan menjaga batas dengan berlapik sekiranya melibatkan sentuhan.