Dalam diam duduk bawah badan, pengasuh terkejut ular tedung menyelinap masuk bawah baju anak asuhan

Tular di laman sosial tiktok seorang kanak-kanak yang sedang baring di lantai dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung yang berbisa.

Dalam video berdurasi 19 saat itu, ular itu sedang menyelusuri badan kanak-kanak itu secara perlahan.

https://www.tiktok.com/@mummy_miazaraa/video/7259249742809435399
Sumber: Tiktok

Dapat dilihat kanak-kanak itu hanya terbaring senyap sambil mendengar arahan dari seseorang supaya tidak bergerak kerana ia akan menjadikan ular itu merasa terancam.

Ibu anak kecil itu mengesahkan ia adalah ular yang sebenar dan bukan mainan seperti tanggapan sesetengah pihak.

Dia juga mengesahkan anaknya berada dalam keadaan selamat setelah menerima bantuan dari pihak bomba.

Baca juga: “Aku pernah berzina dengan suami orang, sekarang suami aku pula curang dengan perempuan muda”