“Dalam diam kak ipar dapat rumah pusaka, tapi tiap bulan kerah duit adik beradik nak siapkan rumah dengan alasan semua itu untuk mak”

Harta adalah topik yang sangat panas apabila dibicarakan bersama ahli keluarga andai tidak kena gayanya dan masanya.

Ia adalah kerana ada ahli keluarga yang fikirannya tidak lagi memandang ke arah kebaikan atau mengeratkan silaturahim namun lebih mementingkan berapa jumlah harta yang bakal diperolehi.

Sama dengan cerita wanita ini yang kakak iparnya sering mengerah duit adik adik untuk kebaikannya sendiri yang dalam diam memperolehi harta pusaka dari keluarga mertua.

Assalamualaikum admin, harap dapat siarkan kisah saya. Saya surirumah sepenuh masa, ada 2 orang anak. Yang sulung umur 3 tahun masih hisap susu dan pakai diapers. Suami saya kerja swasta basic gaji RM1200 sahaja.

Sejak pandemik semua elaun kena potong sebab syarik4t terjejas.. Jadi setiap bulan suami dapat gaji suami dalam RM1100 lebih kurang lepas tolak EPF SOCSO. Kami duduk menyewa, harga sewa rumah separuh dari gaji suami dan suami ada loan kereta.

Gaji suami 100% habis bayar 2 benda tu tapi saya bersyukur suami saya rajin cari duit. Lepas balik dari kerja tetap, suami saya sambung kerja partime. Bulan – bulan dapat la dalam RM4++ tambahan untuk belanja dalam rumah.

Jadi gaji kerja part time tu la buat belanja bayar bil api, air, wifi dan beli barang dapur seadanya. Suami saya start keluar bekerja dari jam 6.00am – 12.00 tengah malam. Itulah rutin harian suami saya, masa dengan anak-anak memang sangat terhad.

Setakat ni alhamdulillah kami belum pernah meminta – minta atau g4ntung bendera putih. Saya ada buat busines online kat shopee, alhamdulillah dapat sambutan. Setiap bulan saya boleh dapat income dalam rm1400++.

Saya dengan suami dah sepakat, bila awal bulan suami dapat gaji, dia akan cukupkan dulu keperluan saya dengan anak – anak. Bila tengah bulan dia dah sesak baru saya akan backup dia dengan duit saya. Itu pon saya hanya tolong beli susu dan diapers anak-anak, dan beli barang basah sahaja.

Kadang-kadang saya ada jugak bagi duit belanja dekat suami saya sebab saya tahu dia dah tak dak duit bila nak hujung bulan. Isteri mana yang sanggup tengok suami susah kan. Saya bagi pon tak banyak, sekali bagi dalam RM50 sahaja.

Alhamdulillah kami tiada masalah bab ni, kami sangat-sangat bahagia, makan minum kami sekeluarga cukup. Suami saya pon kadang-kadang kalau dia ada duit lebih, dia pasti akan transfer dekat saya sebagai duit belanja untuk saya.

Yang jadi masalahnya sekarang, kakak suami akan berpencen dalam masa 2-3 tahun lagi. Kisahnya tahun lepas keluarga mertua buat perjumpaan untuk bahagi – bahagikan harta yang mertua ada. Ibu dan ayah mertua saya masih ada sekarang umur hampir 70 tahun.

Semua anak-anak lelaki dapat tanah dan kakak suami dapat sebiji rumah pusaka (rumah yang mertua tinggal sekarang). Rumah tu halaman yang luas, rumah 2 tingkat. Mertua saya sekarang masih makan duit pencen. Kakak suami dah nak pencen, dia pernah cakap bila dia pencen nanti dia akan balik duduk dengan mertua sampai la mertua hembuskan nafas yang terakhir.

Yang jadi masalahnya, kakak suami pandai – pandai pasang astro, cuckoo, penghawa dingin, ceiling kat bumbung rumah mertua kononnya nak bagi mertua selesa. Tapi dia mintak duit dekat adik-adik lelaki dia termasuk suami saya untuk bayar semua tu.

Jadi dekat sini dah tambah komitmen pada suami saya untuk bayar bulan – bulan. Suami saya ada 4 beradik, 3 lelaki dan 1 perempuan. Adik beradik suami saya semua kerja bagus – bagus, kerja gov termasuk kakak suami.

Hanya suami saya seorang kerja swasta dengan gaji yang sangat rendah. Dan setiap tahun bila hampir tarikh birthday ibu dan ayah mertua, serta anniversary perkahwinan mertua, kakak suami mesti akan pandai – pandai plan nak sambut grand – grand, beli hadiah mewah harga ratus-ratus.

Bila hujung -hujung mesti dia akan collect duit dekat semua adik beradik termasuk suami saya. Kalau mintak dalam RM50 mungkin kami masih mampu tapi kalau sampai 100 – 200 memang rasa agak terbeban. Dia buat keputusan tu tanpa berbincang dulu, dia hanya mntak duit sahaja nanti dengan alasan tanggungjawab anak lelaki tak terlepas dari menanggung kedua ibu bapa.

Mertua saya memang duduk di kampung, hidup macam orang kampung tapi pakai semua barang jenama, jam tangan sahaja harga dah hampir 1k. Mertua saya walaupun umur hampir 70an tapi masih bersolek, pakai foundation, lipstik, sanggul tiruan, skin care semua.

Semua tu dia akn berkias dekat anak-anak untuk mintak dibelikan. Sekarang saya rasa sangat-sangat tak berpuas hati dengan tindakan kakak ipar saya. Dia seolah-olah merancang sebagai persediaan awal sebelum dia pencen nanti.

Sekarang sikit-sikit dia deco rumah yang bakal jadi hak milik dia tapi kos semua tu dia collect dekat adik beradik dia dengan alasan nak bagi mak selesa. Saya bukan nak control suami tapi suami saya sendiri pon saya yang banyak backup kewangan dia.

Saya tak nak la berterusan bagi duit pada suami, saya pon teringin nak ada saving emas.. Keluarga mertua nampak kami selalu keluar jalan-jalan, sedangkan kos semua tu 100% saya support. Suami cuma tolong bawak kereta sahaja.

Keluarga mertua nampak saya ada beli gelang emas 20g, sedangkan itu hasil titik peluh saya sendiri. Lama saya simpan untuk beli, 1 sen pon suami tak dak hulur. Keluarga mertua nampak saya masukkan anak saya dekat playschool swasta sedangkan yuran bulanan dan pendaftaran 100% saya sebagai ibu yang tanggung.

Suami hanya tolong bagi semangat dan support business saya sahaja. Memang suri rumah tak boleh ke nak enjoy life masing-masing dengan duit hasil titik peluh sendiri? Kenapa keluarga mertua mesti nak kacau kewangan ipar atau menantu?

Duit isteri memang kena bagi dekat suami je ke setiap bulan dan duit gaji suami bayar commitmen keluarga mertua? Isteri yang ada income setiap bulan dah tak layak untuk dapat nafkah dari suami ke walau hanya rm 50 sebulan??

Baca juga: “Kemurungan teruk selepas kandungan 8 bulan tiada, suami pula bercinta dengan kawan baik sendiri”