Setelah berkahwin, amat perlu kita berkomunikasi bersama dengan pasangan demi untuk menjaga keharmonian rumahtangga dan mengekalkan kebahagiaan.
Suami perlu menunaikan tanggungjawabnya yang hakiki iaitu memberi nafkah untuk anak dan isteri sebagaimana yang disebutkan dalam islam.
Kegagalan menunaikan nafkah akan memberi banyak kesan buruk dalam perkahwinan seperti penceraian, curang dan kebencian terhadap pasangan.
Sama seperti kisah wanita ini yang mendakwa dialah yang menunaikan segala tanggungjawab dari segi bayaran sekolah anak dan juga mencari rezeki manakala suaminya hanya goyang kaki.
Aku menulis pengalaman kisah hidup aku ini adalah sebagai peringatan buat suami – suami di luar sana agar menghargai setiap pengorbanan isteri. Juga sebagai pesanan buat wanita-wanita di luar sana agar jangan tersalah pilih suami orang yang tiada kemampuan untuk berpoligami.
Jika suami aku membaca coretan ini, aku harap dia sedar akan liku-liku hidup yang aku alami selama ini, bukan melihat sisi buruk aku sahaja atas alasan untuk berpoligami. Inilah rutin hidup aku setiap hari, aku akan bangun seawal jam 4.30 pagi untuk menyiapkan segala keperluan dan menghantar anak- anak ke sekolah.
Balik sahaja ke rumah, aku siapkan sarapan suami pula dan pelbagai tugasan lain yang belum selesai. Selalunya aku k3jutkan suami, dia biasanya susah nak bangun, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Beginilah yang terjadi setiap hari, dia seperti tidak mahu berubah sampaikan aku dah rasa give up nak k3jutkan dia setiap hari, nak pujuk – pujuk dia, nak nasihatkan dia, nak motivasikan dia..
Dia pula seperti tiada wawasan untuk berubah apatah lagi untuk memperbaiki kehidupan kami sekeluarga. Suami aku juga suka keluar malam kononnya pergi gym untuk jaga kesihatan. Balik rumah pula sekitar jam 2-3 pagi dengan alasan sibuk memasak di gerai.
Sebenarnya aku hanya jual makanan tengahari yang dibantu oleh seorang pekerja. Suami pula jual makanan pada sebelah malam. Itu pun selalu tutup pasal ikut mood dia. Kalau dia rasa nak buka, dia buka. Kalau rasa malas, dia tutup padahal masa mula-mula dulu dah janji nak usahakannya bersama-sama.
Selepas aku siap-siap memasak, aku akan menjemput anak-anak aku balik sekolah. Ada harinya, mereka balik tak sama waktu kerana ada yang perlu hadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Jadi terp4ksalah aku berulang alik berkali – kali untuk memastikan anak-anak tidak keciciran dalam pendidikan.
Jarak ke sekolah dianggarkan dalam 10 km kerana itulah sekolah yang paling hampir dengan rumah kami. Selepas Zohor, aku menghantar mereka ke sekolah agama pula dan mengambil mereka pada jam 5 petang.
Kebiasaannya jam 3 petang, aku akan tutup gerai. Selepas waktu itu, aku akan membuat roti bun untuk dijual. Memang agak memenatkan tetapi dengan kos sara hidup yang agak tinggi, aku gagahkan juga. Jadi dengan wang tambahan tersebut, aku simpan buat keperluan untuk masa – masa mendesak terutamanya di waktu PKP yang datang secara tiba-tiba.
Alhamdulillah, aku dikurniakan bakat dalam bidang makanan dan mampu untuk menghasilkan sumber pendapatan darinya. Selepas maghrib, aku menghantar anak-anak ke pusat tusyen. Suami pula sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang aku sendiri tak pasti.
Kejap di gerai, kejap di gym, kejap di bengkel. Pukul 10 malam, aku akan menjemput anak-anak balik dari tusyen. Ada masanya ketika si kecil sedang merengek pun suami aku buat tak kisah. Suami siap herdik aku apabila aku meminta dia mengambil atau menghantar anak-anak.
Jadi terp4ksalah aku memandu dengan si kecil di tangan kanan sementara stering di tangan kiri aku. Aku selalu tak sempat nak menjamah makanan terutama pada waktu tengahari walaupun aku sendiri memasak untuk gerai.
Suami aku pula sibuk memanjang. Aku relakan sahaja kerana aku bukannya dari jenis perempuan yang suka berleter dan aku tak nak dia kata aku ni mengongkong hidupnya. Pada malam minggu pula dia dengan aktiviti berkeretanya, Subuh baru balik.
Kehidupan aku hanya bertemankan anak-anak. Aku meniaga sambil menjaga anak. Ke sana ke mari mencari barang aktiviti anak-anak, mengambil report kad, masak di rumah, masak di gerai, masak untuk catering, membuat bun, membeli barangan keperluan meniaga, membasuh, menyidai, melipat, menggosok baju, mengemas rumah, mengemop lantai.
Pendek kata, waktu untuk aku berehat hampir tiada. Kadang kala kakak aku meminta tolong untuk mengambil anaknya. Ada kalanya ibu aku juga mengajak aku keluar menemaninya ke sana sini. Itu belum lagi anak-anak merengek minta itu ini.
Walaupun begitu, aku tetap enjoy. Aku puas melakukan semua ini walaupun dalam berpantang melahirkan anak bongsu. Hampir kesemua tanggungjawab aku buat sendirian, tetapi suami aku tiada langsung merasa belas ehsan terhadap diri aku.
Dari mencari rezeki, menyediakan pendidikan anak-anak, perbelanjaan untuk rumah, dapur dan gerai, aku yang sediakan tanpa meminta sesen pun darinya. Ada masanya suami aku tak cukup duit untuk membayar installment rumah dan kereta.
Itu pun aku yang bantu bayarkan. Nak pergi bercuti pun selalunya suami tak cukup budget. Aku kata tak perlulah bercuti bagai, tetapi aku pula diherdiknya balik. Barang-barang kemas aku dah berbelas ribu telah digadai.
Personal loan dia buat atas nama aku, kini dah berbulan-bulan tak berbayar. Hutang barang basah dan kering pula dalam 10 ribu ringgit. Kesemua hutang – hutang tu hampir mencecah 50 ribu ringgit. Pernah juga kereta kami ditarik kerana suami tak dapat bayar, aku juga yang mengorek semua tabungan untuk t3bus balik.
Namun pengorbanan dan keikhlasan yang aku berikan selama ini telah dibalas dengan r4cun. Suami aku telah menduakan aku. Yang lebih merobek hati dan perasaan aku, dia menjalinkan hubungan dengan kenalan aku sendiri.
Sebelum ini rakan aku ini mengatakan yang dia telah bersuami dan beranak 3, tetapi dia sebenarnya janda beranak 3, bukannya isteri orang. Selama ini aku sentiasa melayan dia dan anak-anaknya dengan baik dan sering mengajak mereka ke rumah untuk bersilaturrahim.
Bila aku tanya tentang suaminya, dia tipu aku. Dia katakan yang suaminya selalu keluar out-station. Aku pun percaya bulat-bulat tanpa banyak soal. Akhirnya suami aku curang dengan kawan baik aku sendiri selama 3 tahun.
Selama 3 tahun mereka tik4m aku dari belakang. Perempuan tu memang berniat tak baik terhadap keluarga aku selama ini. Dah la menipu, dia sanggup berskandal dengan suami aku pula. Sem4kin lama, aku dapat hidu ada sesuatu yang tak kena.
Bila didesak, barulah mereka mengaku dan mengaku yang mereka telah bernikah di Siam menggunakan perkhidmatan sindiket. Bila aku siasat lagi rupanya mereka baru sahaja menikah bulan lepas. Allahuakhbar, jiwa aku s4kit dan mer4na dengan permainan mereka.
Tau tak apa alasan suami aku sebab cari lain? Dia kata aku ni tak pandai hargai dia, aku tak pernah nak dengar luahan hati dia, aku suka perli dia, tak hormat dia dan macam-macam lagi tuduhan yang dia lemparkan. Aku menyangkal semua dakwaan tersebut sekeras – kerasnya.
Selama ini aku layan dia seperti raja. Sarapan pun atas katil, kuku pun aku yang potongkan, makan minum dia aku jaga. Masih tak cukup ke? Walaupun setiap hari aku penat separuh m4ti, aku tetap layan suami aku selagi termampu.
Bila dah tak larat sangat barulah aku akan tertidur lena. Allah nak bayar cash. Lepas suami berkahwin dengan rakan aku, segala sifat sebenar terbongkar. Perempuan tu mula menunjukkan true-colour nya. Semuanya perempuan tu control dan suami aku dah jadi seperti lembu dicucuk hidung.
Pun begitu dia tetap juga nak membanding – bandingkan diri aku dengan perempuan itu. Katanya, perempuan tu lebih sempurna, lebih caring, pandai jaga body, pandai jaga kecantikan, pandai melayan dan pandai dalam serba-serbi.
Aku ni pula tak pandai satu apa pun. Muka pun buruk, per4ngai pun hodoh. Tak cukup dengan itu, aku diceraikan dengan talak satu kerana suami mengikut telunjuk perempuan tu. Lepas seminggu, suami aku datang terhegeh-hegeh nak rujuk semula kerana dah gila talak.
Aku pun menurut sahaja kerana dia yang nak rujuk semula. Aku tahu sebenarnya dia takut putvs sumber kewangan dari aku, itu sahaja. Suami pun menumpang meniaga di gerai milik aku. Isteri barunya pula tak nak bekerja kerana nak jadi suri rumah sepenuh masa.
Sebenarnya dia nak hidup goyang kaki saja kat rumah. Macamlah aku tak tahu. Sebenarnya aku dah serik untuk kembali kepada dia. Namun demi anak-anak, aku terima sahaja. Dia memanjang je tak ada duit kerana semua dah pergi ke perempuan tu.
Waktu siang dia membawa grab car untuk mencukupkan perbelanjaan bersama isteri kesayangannya tu, itu pun guna kereta aku. Nafkah pun dia tak pernah beri sejak awal perkahwinan sehinggalah sekarang. Bila aku cuba minta duit untuk anak-anak atau membeli barang dapur, dia mula marah-marah sedangkan itu adalah tanggungjawab dia sebagai seorang suami.
Satu lagi, suami suka salahkan keluarga aku, tetapi dia lupa yang ayah aku lah yang tolong bayarkan 10 saman tertunggaknya dan buatkan dia lesen kereta, motor dan GDL. Suami aku totally berubah bila berkahwin lain. Dia dah pandai naik tangan, menghambur sump4h seranah, tunjukkan senj4ta t4jam dan mengugvt.
Aku cuba bersabar selagi aku masih bernyawa. Belum lagi keluarga belah suami kata, aku tak reti bersyukur. Entah apa lah yang suami aku jaja cerita aku kata mereka. Tak cukup dengan itu, madu aku fitnah yang aku bomohkan suami.
Puaskah suami dan perempuan tu buat aku dan keluarga aku begitu? Bahagia kah kau orang di atas pend3ritaan orang lain? Adakah aku atau kau orang yang tak reti bersyukur..? Nasib aku selepas ini? Biarlah Allah sahaja yang menentukannya..
Baca juga: “Dah lima tahun tak nampak’- Jabatan Perikanan akui penyu belimbing kini diancam kepupusan