Dalam peta Malaysia nampak kecil, realitinya tanah lagi besar dari negara eropah dan Korea Selatan

Pernah tak cari negara kita di peta ataupun pada peta globe masa kecil. Mesti susahkan? Hal ini kerana saiz Malaysia pada peta sangat kecil. Namun, tahukah anda, Malaysia sebenarnya lebih besar dari Korea Selatan malah lebih besar dari beberapa negara di Eropah.

Seorang pengguna laman Twitter @MHaffiizJ ada berkongsikan satu laman web iaitu www.truesize.com yang menunjukkan size sebenar negara yang ada di bumi ini.

Today I learned that the world map that we know of is so distorted. Based on www. thetruesize .com Malaysia is bigger than we thought. Semenanjung Malaysia is about the size of; South Korea The UK And our whole country VS Greenland isnt that much differenc

Semenanjung Malaysia VS Korea Selatan

Malaysia VS United Kingdom

Keluasan kepulauan Borneo juga berjaya merangkumi 4 buah negara Eropah

Menarik bukan, selama ini kita hanya tahu negara kita merupakan negara yang kecil berbanding negara-negara Eropah yang lain. Namun mengapa Malaysia kelihatan lebih kecil berbanding negara yang lain. Seorang penggunaa twitter ada menerangkan kenapa ia terjadi.

Unjuran Mercator ini telah dicipta sejak tahun 1569 lagi oleh seorang ahli geografi untuk memudahkan pelayarannya. Melalui unjuran tersebut, apabila kita bergerak dari ke kutub utara atau kutub selatan, skala dan objek telah diherot menjadi lebih besar.

Bukan perkara yang mudah melukiskan bumi diatas satu permukaan yang rata. Namun dengan teknologi kini, banyak peta dapat dirujuk terutama sekali Google Maps yang menjadi rujukan kebanyakan orang di dunia.

Baca: Selangor FC dedah Faisal Halim masih trauma, kekal dikawal ketat meski keluar hospital