Dapat puluhan ‘review’ buruk lepas dating, lelaki saman 27 teman wanita

Seorang lelaki di Chicago, negeri Illinois, telah mengemukakan tuntutan undang-undang bernilai AS$75 juta (RM351 juta) terhadap puluhan wanita.

Lelaki tersebut mendakwa bahawa mereka telah menulis ulasan negatif tentang dirinya dalam kumpulan sembang Facebook yang dinamakan ‘Are We Dating The Same Guy’.

Nikko D’Ambrosio, 32, berkata, gambar dan namanya dikongsikan dalam laman tersebut yang terang-terangan menghina dirinya.

“Defendan menyiarkan pembohongan keterlaluan, kejam dan berniat jahat tentang plaintif dan mengetahui apa yang ditulis sama ada palsu atau melulu,” demikian menurut saman tersebut.

Plaintif juga mendakwa bahawa hantaran-hantaran tersebut telah menimbulkan penghinaan peribadi, penderitaan dan penderitaan mental, tekanan emosi, kebimbangan, serta kehilangan pendapatan.

Baca juga: Gara-gara kemaruk nak jadi bayi, wanita berhabis AS$300 kekal gaya hidup berpakaian lampin