Suami yang baik pasti dapat mengemudi bahtera perkahwinan dengan mudah tanpa ada masalah dengan isteri.
Namun apabila suami tidak mengetahui tanggungjawabnya, itulah yang bakal menjejaskan perkahwinan kerana terlalu banyak beban yang ditanggung sang isteri.
Wanita ini menceritakan kisah perkahwinannya yang teramat pedih kerana sang suami tidak mengetahui tanggungjawabnya dan menyerahkan segala masalah perkahwinan kepada isteri.
Assalammualaikom tolong hide profile saya. Saya adalah seorang isteri, mempunyai dua orang anak. Suami saya bekerja dari pukul 7 pagi sampai pukul 7 malam. Saya surirumah sepenuh masa dan hal tugas rumah dan hal anak – anak, saya la yang buat.
Termaksud semua keperluan suami makan minum dan pakaian. Saya nak luahkan sedikit saya kesedihan saya hari ini dan saya rasa tak boleh tahan lagi bila saya cuba untuk redha tapi hati saya s4kit sangat. Bukanlah saya mengeluh, terpaksa buat segala tugasan yang jadi tanggungjawab wajib bagi surirumah, cuma jadi m4kin penat bila tak dihargai.
Apa yang saya buat macam suami tak nampak, malah siap kena perli lagi. Itu yang saya sedih, tawar hati. Saya selalu kemas rumah, dapur, bilik. Cuma saya akui, kadang-kadang tak terurus sebab saya penat sampai s4kit badan.
Saya cuba nak lakukan setiap hari pekerjaan di rumah supaya setiap hari rumah nampak bersih tapi badan saya rasa tak mampu. Tambah lagi suami saya kerja dan tugas dia cuma hanya kerja dan bagi duit. Itu sahaja yang lain, saya yang urus melainkan buang sampah bila saya suruh je dia buat.
Itu pun kena bersuruh banyak kali, diiringi dengan nada marah dia. Saya penat dan terasa saya ni bukan lah isteri tapi “b4bu”. Bayangkan setiap kali waktu makan, makan minum suami saya hidangkan atas meja atau bawa ke bilik bila suami nak makan.
Bila suami habis makan saya la yang ambik semua pinggan dan cawan suami dan pergi basuh. Tak pernah sekali pun suami saya terfikir untuk basuh pinggan dan cawan lepas dia guna. Dia tak pernah fikir pun untuk fikir yang saya “isteri” sudah siapkan makanan dan minuman untuk suami dan dia perlu basuh kerana penat menyediakan makanan untuk dia.. Tak pernah!
Kalau nak tolong basuh pinggan pun tak pernah, apa lagi nak basuh baju. Dia hanya menyediakan keperluan rumah, apa yang nak baiki, dia akan tolong baiki. Selain itu, semua kerja saya dan dia hanya duduk main game buang masa dengan handphone.
Tapi apa bila saya pula buat begitu, main game nak pegang handphone bermalas – malasan, si suami akan marah dan cakap saya malas dan hanya habiskan masa dengan handphone dan game.. lyaa saya main game, saya kenal game juga dari suami.
Saya dulu jarang main game dan kurang dapat perhatian suami sampai saya str3ss sebab dia sibuk dengan game game dan game.. Sampai la suatu hari saya pun nak ikut main game sampaikan saya tak kisah lagi dengan perhatian suami saya.
Cuma ada juga la perhatian kalau dia nak benda tu. Kalau sebab nafsu je la dia nak, masa yang lain hanya untuk handphone. Nafkah setiap bulan dia akan bagi tapi duit belanja saya hanya la rm200, yang lain dia tanggung.
Nafkah batin tak perlu cakap, setiap hari saya layan dia. Kadang-kadang sehari 3 kali sampai 7 kali. Boleh dik4takan setiap hari saya melayan dia dan saya rasa penat sangat dan s4kit badan. Bila ditolak dia mula meradang. Kalau lambat layan, dia akan marah pada saya.
Apa yang saya sedih, saya penat uruskan rumah, anak dan suami. Saya penat dilayan macam bibik, saya kena ambik semua untuk dia makan minum dia setiap hari akan hidang bawa ke bilik dan basuh. Kadang-kadang saya biarkan rumah bersepah sebab ada anak kecil.
Ada kala suami saya marah pada saya dan cakap, “apa je awak buat dekat rumah?” Itu yang saya terkilan.. Tambah sedih. Bila bab kemas rumah saya cuba juga bincang dengan suami dan dia akan cakap pada saya, “apa kata saya carikan awak kawan? Saya kahwin lagi, senang awak tak penat.
Nanti ada orang tolong awak dekat rumah, ada kawan pergi shopping. Ada orang tolong jaga anak kita. Awak tak susah, tak penat. Nanti kita dah tua ada orang tolong tengok kan.. Awak kan penat dan pemalas! “Saya s4kit hati dia dengar ayat dia.
Saya penat, apa dia nak makan saya keluar pergi beli kan. Nak apa – apa saya buatkan, nak air saya buatkan, nak makan saya masak saya hidangkan, nak layan batin setiap hari saya layan. Kadang-kadang saya disuruh untuk bersolek sebelum nak buat benda tu. Semuanya berganda penat bila tak dihargai.
Bukan itu sahaja, kalau makanan yang saya masak ada kala tak kena kat tekak dia, dia akan suruh saya masakkan maggi pula. Dia seorang yang cerewet tak bersyukur dengan makanan yang ada. Saya tak ada kekuatan, saya dah cuba redha dan cuba buat kerja rumah tanpa bantuan dia sebab saya faham dia penat cari duit tapi semua tu rasa sia – sia disebabkan suami selalu complain.
Cakap rumah bersepah saya tak macam isteri orang lain. Kadang-kadang saya fikir saya babu bila melihat suami lepas makan bersantai main game dan saya kena basuhkan pinggan dia.. Tolong nasihatkan saya untuk urus rumah dan berikan kata kata semangat. Terima kasih admin..
Baca juga: Terkejut tengok gua batu kapur bawah Kuala Lumpur, perkongsian lelaki ini buat ramai kecut perut