Sebagai seorang manusia, ujian dan kesedihan pasti akan sentiasa bermain dalam kehidupan kerana itulah salah satu cara Allah ingin menguji hambanya.
Perumpamaan yang mengatakan “dunia ini hanyalah medan ujian” adalah benar belaka kerana yang kekal hanyalah kehidupan selepas kematian.
Wanita ini mengalami kemurungan yang teruk apabila diuji dengan keluarganya yang menyisihkan hingga tidak hadir ke majlis perkahwinan malahan apabila bernikah juga mengalami nasib yang sama.
Ini kali ketiga aku post luahan di sini. Aku tak ada tempat mengadu dan bercerita. Jadi di platform ni aku gunakan untuk luahkan. Tak tahu dari mana nak mulakan. Hidup aku penuh dugaan yang tak pernah tamat.
Bagi aku, tak ada bahagia untuk aku. Aku berumur 25 tahun, perempuan, dah berkahwin dan anak bongsu. Aku dibesarkan oleh broken family. Mak ayah aku bercerai masa aku umur 4 tahun. Kak ngah aku umur 5 tahun. Dan abang aku 6 tahun.
Kami 3 beradik lahir hanya selang setahun. Dan aku tak dapat bayangkan susahnya mak aku untuk besarkan kami. Yang juga sebenarnya aku kembar tiga. Belum pun setahun umur aku, mak aku serahkan kembar aku yang dua orang tu kepada keluarga angkat.
Mak aku tak mampu nak jaga sorang – sorang. Kerana ayah aku dah mula lepas tangan. Ayah aku masa tu pegawai tent3ra. Dia kerap balik dalam keadaan m4buk, dan bila bercerai, tuntutun nafkah kami 3 beradik hanyalah RM100 seorang.
Main semula
Tapi nafkah kami terhenti melalui potongan gaji kerana dia kata kami bukan anak dia. Pertama, aku hilang kasih sayang seorang ayah. Dan aku hilang kedua – kedua kembar aku. Start dari penyerahan mereka ke keluarga angkat, keluarga tu terus tak contact mak aku.
Mak aku mula redha dan kata dia bersyukur sebab ada orang sudi jaga anak dia. Mak aku kata mulanya dia nak gugurkan aku, tapi doktor tak benarkan sebab kata aku kembar tiga. Mak aku tak larat jaga, jadi serahkan kembar aku pada orang lain.
Mak aku hanya ambil aku seorang kerana dia kata aku paling senang jaga dan tak menangis macam kembar aku yang lain. Dua tiga tahun lepas, aku dapat contact kembar aku. Hati aku berbunga la nak jumpa kembar sendiri kann yang terpisah 25 tahun.
Tapi dia kata dia tak nak jumpa aku dan minta aku jangan contact dia atau keluarga dia lagi. Apa yang aku boleh buat? Aku akur je la.. Dari kecil hingga menginjak dewasa, mak aku memang lebihkan abang aku dalam semua hal. Sebab dia satu – satunya lelaki dalam adik beradik.
Bila jadi apa – apa, aku yang kena marah. Kalau mak aku ada kecik hati dengan abang aku, aku yang kena tempias. Abang aku tak akan pernah kena marah. Zaman persekolahan, aku selalu kena tinggal sorang – sorang. Bila kak ngah masuk asrama. Abang pulak dapat motor daripada mak.
Aku hanya tinggal dekat rumah. Kadang-kadang 3/4 hari sorang – sorang. Aku kerap menangis. Aku juga boleh nampak dan rasa kalau ada ‘benda’ makhluk halus ni. Start bekerja, duit gaji aku untuk mak. Aku belikan barang dapur, bayar bulanan motor, duit belanja dia. Abang aku? Gaji dia hanya untuk dia sorang.
Pernah motor mak aku rosak. Dia minta aku 700. Dia kata tak nak susahkan anak lelaki dia. Aku berkahwin pun sebab aku terlalu nakkan kasih sayang. Hantaran mak aku ambil. Dan mak aku mula benci aku lepas aku kahwin sebab dia tak dapat semua hantaran aku.
Hantaran aku 5k, aku hanya dapat bagi 3k lebih sebab beli barang-barang nikah. Nikah pun mak aku tak nak datang. Urusan wali hakim keluarga mentua yang tolong. Ayah aku lepas tangan. Tapi bila kak ngah menikah, ayah aku all out tolong itu ini. Kadang – kadang aku fikir, aku ni siapa di mata mereka.
Aku sangka lepas kahwin aku akan bahagia. Rupanya tak. Aku m4kin sunyi. Suami aku tak suka aku bermanja. Kadang-kadang aku pegang dia pun tak bagi. Waktu tidur, aku peluk pun dia tak suka. Dia bukan takde nafsu kat perempuan tapi agaknya dia rimas dengan aku.
Kalau keluar, dia jalan jauh dari aku. Pegang tangan jauh sekali. Kalau keluar dari kereta. Jauh dia tinggalkan aku. Pernah aku pegang tangan dia, dia kata rimas. Dalam rumah, aku cuba peluk dia, dia tolak kepala aku kasar. Sumpah s4kit. Badan aku terdorong ke belakang. Dia akan busy dengan phone je kalau kat rumah.
Aku di diagnosed mdd dan anxiety. Tapi aku tolak rawatan sebab aku tahu penerimaan keluarga aku macam mana. Bila aku nak bercerita diorang kata aku mengada. Aku mula simpan semua sendiri. Aku tak tahu dari sudut mana aku nak dapatkan perhatian, kasih sayang.
Aku anak bongsu, aku teringin nak manja macam anak bongsu yang lain. Aku terp4ksa berdikari sebagai seorang anak, dan berdikari sebagai seorang isteri. Aku teringin nak anak sebab hati aku terlampau sunyi. Kalau ada anak, aku boleh manja – manja dengan anak aku.
Start setahun ni, kerap lelaki sama yang aku tak kenal datang dalam mimpi. Dia mengaku dia j1n. Dan dia layan aku dengan baik. Walaupun dalam mimpi, aku dapat bermanja dengan dia. Aku pernah bermimpi mengandung, bersalin, dan menyusukan baby.
Mimpi aku macam episod yang bersambung. Satu kali atau dua kali seminggu aku akan mimpi dia. Aku bersalin dia duduk tepi aku pegang tangan aku. Aku baring dia peluk aku. Dia suap aku makan. Apa yang suami aku tak pernah buat.
Ada ustaz bagi tahu aku kena gangguan. Tapi dengan dia aku dapat rasa apa tu kasih sayang. Yang manusia tak nak bagi pada aku. Aku ada anak dengan dia, yang mana suami aku sendiri taknak anak. Mana mungkin aku nak berubat, nak hilang rasa kasih sayang ni. Kadang-kadang aku rasa aku nak tidur je tak nak bangun lagi. Sebab mimpi lagi indah dari realiti. – H4mba Allah (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Anak takde selera makan nasi? Ini 5 resepi roti bakar anda boleh cuba, senang dan mengenyangkan!