“Dari kecil aku jadi mangsa buli kakak, sekarang dia ajak aku pinjam ahlong tapi tak bayar sampai ahlong cari aku…”

Adik-beradik sepatutnya menjadi tempat untuk meluah, meminta pendapat atau membantu saat dalam kesusahan. Namun, ada juga sesetengah yang kurang bernasib baik kerana ada adik-beradik yang suka mengambil kesempatan. Ikuti kisah ini dan sama-sama jadikan pengajaran.

Assalamualaikum semua. Pertama sekali, cerita ni bukanlah berkenaan dengan hal rumahtangga. Ini cerita pasal seorang adik dan kakak kandungnya. Ya, kami adik beradik kandung tapi ibarat adik beradik tiri.

Penderitaan aku ni bermula dari aku kecik lagi, di mana aku jadi mangsa buIi kakak. Bila nak pinjam baju ke seluar ke, kena maki kaw-kaw dulu dengan dia. Dia akan hasut abang aku untuk tak main, tak kawan dengan aku.

Itu masa kecil la, nampak macam biasa tapi untuk budak seusia itu mesti rasa sedih kan. Ada satu kejadian yang aku ingat sampai sekarang. Ketika aku nak pergi ambil result PMR, jadi aku nak la pinjam baju dia, nak pakai cantik-cantik. Masa tu dia dah keja.

Wah makian dia, sampai mak aku nangis. Tapi Alhamdulillah result pmr aku cemerlang, dapat la mengubati hati yang sedih kena marah tu. Masa aku praktikal, kebetulan dekat company dia kerja, memang lagi teruk la aku kena.

Dia sanggup tengok aku pakai kasut koyak rabak daripada pinjamkan aku kasut dia. Mak aku nangis juga sebab dia buat aku macam tu. Dalam family aku, aku sorang je yang study sampai degree. Setiap kali balik rumah, confirm kena ungkit macam-macam oleh dia, seolah-olah aku menyusahkan mak bapak hantar aku belajar tinggi.

Disebabkan benda tu, aku nekad cari kerja dekat dalam u. Alhamdulillah, sejak kerja part time tu aku dah tak minta duit sangat dekat mak ayah. Masa tu aku dah memang dekat sangat dengan exam final year, dengan project lagi tapi aku bantai buat 2 kerja. Kadang-kadang balik kerja pukuI 1 pagi.

Takpe, demi tak dengar ungkitan makian dari dia, aku sanggup. Bila dah habis study, aku kerja biasa-biasa je dalam 2 tahun. Ok. Ni lagi dasyat. Sekali tu, aku hanya cakap dekat dia kalau la aku boleh pinjam duit dekat mana-manakan, sebab masa tu nak konvo. Aku nak guna duit banyak juga. Dia dengan bijaknya cakap, “jom pinjam ahlong.”

Aku masa tu sangat setahun jagung dengan real world, jadi aku pun ok je. Esoknya dengan gigih dia bawa aku pergi tempat ahlong tu. Aku masa tu memang dah berat hati. Aku dah rasa macam nak tarik diri tapi rupanya dia dah deal dengan ahlong tu.

Petang balik kerja dia suruh aku jumpa dia dekat tempat ahlong tu. Aku ingatkan nak cakap cancel. Rupanya pergi ambil duit. Aku tak tau nak cakap ape dah masa tu, kami ambil jela duit tu kan. Kami deal nak bahagi 2 ansuran bulanan.

Bulan pertama dan kedua memang ok lah, masuk bulan ke-3, aku yang dahuIukan duit aku. Ok takpela, sebab aku ingat bulan depan dia pulak bayar full. Bila sampai masa aku dah tak kerja dan bulan tu patut dia bayar sendiri sebab aku dah cover untuk dia 2 bulan tapi dia tak bayar-bayar. Sampai ahlong tu cari aku.

Ok takpe. Aku pinjam duit kawan aku untuk cover bayaran bahagian aku. Tetap dia tak bayar juga. Aku terpaksa kerja dekat kedai-kedai biasa, balik pukuI 10 malam sebab nak cover bayaran tu. Tau apa lagi dasyat dia buat?

Dia suruh debt collector ahlong tu cari aku sebab kononnya kad bank dia, aku yang pegang. Dah la masa tu aku selalu balik pukuI 10 malam. Dia langsung tak fikir tentang keselamatan aku. Akhirnya yang tolong bayarkan pasal ahlong tu tunang aku, dan sampai sekarang pun dia tak bayar lagi dekat tunang yang dah jadi suami aku tu bahagian dia.

Tak cukup dengan ahlong, dia guna nama aku untuk register postpaid celcom. Aku tak nak bagi pinjam nama aku sebab aku tau dia tak akan bayar bil tu tapi dia ugut aku macam-macam. Jadi aku terpaksa pinjamkan. Dan seperti yang aku jangka, sampai saat ini nama aku kena ctos dekat celcom.

Masa aku mula-mula kahwin, takde kereta, takde kerja tetap, dia hina aku. Dia cakap aku ni patutnya tak duduk rumah mak ayah aku sebab aku takde kerja, takde rumah, takde kereta. Aku menangis sungguh-sungguh masa tu. Allah itu maha adil.

Lepas seminggu dia hina aku, aku dapat surat tawaran kerja dari SPA. Alhamdulillah, masa tu dia diam je, takde pun nak gembira untuk aku. Mula-mula kerja, aku ga duh dengan mak ayah aku disebabkan mulut dia yang cucuk hasut mak ayah.

Sampai aku keluar dari rumah mak ayah aku, tinggal dekat tempat lain. Masa  tu aku berserah dekat Tuhan untuk tunjukkan jalan penyelesaian sebab aku pun dah jadi keliru untuk tentukan salah siapa.

Ni tak masuk lagi cerita dia burukkan suami aku yang dah tolong dia dalam banyak perkara termasuklah settlekan hutang-hutang dia yang sampai sekarang pun dia tak bayar lagi. Dan sekarang, sekali lagi dia nak sebarkan cerita palsu pasal pendapatan aku dekat family aku. Aku tak nak mak ayah aku ingat duit gaji aku berkepuk-kepuk sedangkan realitinya tidak. Aku bagi duit dekat mak ayah setiap bulan.

Benda pertama yang aku buat setiap kali dapat gaji. Bagi aku jumlah yang aku bagi tu adalah semampu aku dan cukup untuk mak ayah aku. Jadi dorang tak perlu tahu pun gaji aku berapa. Aku tak nafikan. Dia ada sudut-sudut yang baik tapi penderitaan yang dia bagi dekat aku, aku tak akan lupa sampai mati.

Yang lucu, bila setiap kali aku bergaduh dengan dia, dia akan jadi macam dia yang mangsa keadaan. Aku tak taulah, sampai bila baru dia nak berubah. Apa salah aku dekat dia sampai dia tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku?

Aku tak nak doakan yang buruk-buruk untuk dia. Aku cuma doakan satu hari nanti, Allah tunjuk dekat dia setiap perbuatan dia dekat aku tu. Aku cuma doakan dia berubah menjadi orang yang lebih baik. Aku doakan Allah perbaiki kehidupan dia yang ada sekarang ni.

Aku rasa aku dah cukup bersabar dengan semua yang dia buat. Biar Allah yang tentukan jalan seterusnya. Maaf panjang sangat. Sekadar meluah apa yang terbuku di hati.

Baca juga: Lelaki ini sanggup berendam lebih 3 jam dalam ais demi pecahkan rekod dunia